Siakap Keli
Rambut Tersangkut Dalam Mesin
Gambar: Mirror UK

Rambut Tersangkut Dalam Mesin, Lelaki Parah Kulit Kepala Dan Telinga Tersiat

Rambut Tersangkut Dalam Mesin, Lelaki Parah Kulit Kepala Dan Telinga Tersiat

Seorang lelaki dilaporkan tersangkut pada mesin di tempat kerjanya sehingga menyebabkan kulit kepala dan telinga tersiat dari kepalanya, lapor Mirror UK.

Lelaki yang tidak didedahkan namanya itu bekerja di sebuah syarikat perindustrian dan berkunjung ke salah satu tapak syarikat di bandar Scunthorpe, England.

Bagaimanapun, tocang rambutnya tersangkut di dalam komponen mesin yang berputar dan mengakibatkan muka, kulit kepala dan salah satu telinganya terkoyak dan tersiat.

Mangsa kemudiannya dirawat selama dua minggu di hospital dan perlu melakukan pembedahan kulit kepala, lapor Grimbsby Live. Malah, salah satu jari mangsa juga terpaksa dipotong kerana mengalami kecederaan.

Selepas kejadian pada 25 Oktober 2018, Eksekutif Kesihatan dan Keselamatan (HSE) telah melakukan siasatan dan mendapati mesin tersebut telah dibeli secara terpakai pada tahun sebelumnya.

Baca: “Boleh Dapat Pampasan Sehingga..,” Ketahui Hak Lelaki Jika Jadi Mangsa Gangguan Seksual

Memetik Mirror UK, mesin penguji kekuatan kayu itu berisiko tinggi terhadap keselamatan pekerja disebabkan oleh kekurangan peralatan keselamatan yang mencukupi.

HSE mendapati tiada pengawal yang menghalang akses kepada itu, yang mungkin boleh menghalang insiden tersebut daripada berlaku.

Gambar: Mirror UK

Inspektor HSE, Kirstie Durrans mengatakan bahawa kemalangan serius yang berlaku setiap tahun disebabkan kerana syarikat tidak mengenal pasti dan menguruskan risiko yang berpunca daripada mesin.

HSE berkata bahawa syarikat tersebut menyedari perkara ini, tetapi tidak melakukan apa-apa penambah baikan.

Syarikat berkenaan mengaku bersalah kerana melanggar Seksyen 2(1) Kesihatan & Keselamatan di Tempat Kerja Akta 1974.

Sumber: Mirror UK

Noorliyana Ishak