Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Banjir ‘Coklat’ Genangi Kampung Raja, Cameron Highlands

Nurhanis
kampung raja banjir
Gambar: Tangkap layar video tular

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tanah Rata, Ho Chi Yang menggesa pihak berkuasa untuk mengambil langkah segera dan jangka masa panjang bagi mengatasi masalah banjir dan risiko tanah runtuh yang berlaku di Kampung Raja, Cameron Highlands baru-baru ini.

Difahamkan hujan berterusan mengakibatkan kawasan perumahan di Kampung Raja dipercayai mengalami banjir ‘coklat’ pada pukul 6 petang semalam.

“Walaupun hujan bukannya lebat, banjir lumpur berlaku di Kampung Baru, Kampung Raja pada 20 Disember, lebih kurang pada jam 6 petang.

“Jalan dipenuhi lumpur manakala beberapa rumah juga dilanda banjir lumpur. Selain itu, terdapat kenderaan dan barang lain ditenggelami air,” katanya dalam kenyataan semalam.

Sehubungan itu Ho Chi Yang berkata pihaknya telah menghubungi Perbadanan Kemajuan Cameron Highlands (PKCH) dan Pegawai Daerah Cameron Highlands bagi membincangkan mengenai solusi banjir yang dialami oleh penduduk di kawasan itu.

“Saya dan pasukan ADUN Tanah Rata telah meninjau kawasan tersebut, menghubungi pelbagai agensi kerajaan, dan menggesa pihak berkuasa untuk mengambil langkah segera dan jangka masa Panjang untuk mengatasi masalah banjir dan risiko tanah runtuh.

“Pegawai Daerah Cameron Highlands, Tuan Syed Ahmad Khirulanwar Alyahya bersetuju untuk memaklumkan perkara ini kepada agensi kerajaan bertaraf negeri seperti JPS dan JKR Negeri agar memohon peruntukan dan melaksanakan langkah-langkah pencegahan dalam masa terdekat,” katanya.

Menurut Chi Yang, pemegang permit kerja tanah telah menjalankan kerja pembukaan tanah di atas bukit yang berdekatan dengan kawasan perumahan Kampung Raja pada Ogos lalu.

“Akibat daripada itu, kayu pokok dan lumpur telah dihanyut ke lereng bukit.

“Selain itu, banjir telah banyak kali berlaku di Kampung Raja dalam hanya dua bulan, dan penduduk juga amat khuatir bahawa tanah runtuh yang serius bakal berlaku,” tambah Chi Yang lagi.

Kredit: FB Ho Chi Yang
Kredit: FB Ho Chi Yang
Kredit: FB Ho Chi Yang

Sebelum ini, tular di media sosial satu video yang dikongsi @KlutzyKucing, berhubung keadaan banjir ‘coklat’ di kawasan perumahan tersebut.

Rata-rata menyuarakan kebimbangan mengenai bencana yang terjadi di kawasan itu kerana ia merupakan kawasan yang tinggi.

Sebelum ini, media melaporkan beberapa daerah di negeri Pantai Timur mengalami banjir akibat hujan lebat berterusan dan mangsa terus mencatatkan peningkatan dari semasa ke semasa.

Sumber: Ho Chi Yang/Facebook & @KlutzyKucing/Twitter