Siakap Keli
cari kerja norway
Kredit: @kakaknorway

Nak Cari Kerja Di Norway? Akak Ni Kongsi 3 Saluran Yang Anda Boleh Mohon

Mesti ada segelintir orang yang mempunyai niat ke luar negara sama ada untuk melanjutkan pelajaran, bekerja atau sekadar makan angin semata-mata.

Malah, tidak dinafikan kesempatan ini biasanya diambil oleh golongan yang suka melancong. Bagi mereka, melabur duit untuk melihat sesuatu keindahan negara lain adalah satu kepuasan yang nyata.

Tetapi dalam perkongsian kali ini akan dititik beratkan kepada golongan yang ingin bekerja di luar negara. Selain nilai mata wang yang tinggi, tidak dinafikan golongan ini juga tergolong dalam ‘orang yang suka melancong’, bak kata orang sambil menyelam minum air.

Tidak hanya itu, anda juga dapat mempelajari banyak benda, contohnya daripada aspek budaya, makanan, persekitaran dan banyak lagi.

Jadi, pernahkah Norway menjadi salah satu negara impian anda untuk meneruskan kerjaya? Jika pernah, dengar tips ini untuk mencari kerja bagi golongan yang bersedia untuk memulakan khidmat di sana.

@kakaknorway

Replying to @falcontrh cari keje Norway cepat! #kakaknorway #malaysianlivinginnorway🇳🇴 #fypmalaysia🇲🇾tiktok #foryourpage #tiktokmalaysia #fyp #foryourpage #fypシ #jobtips #tipskerja

♬ Hard Work – U.S. Drill Sergeant Field Recordings

Dalam perkongsian @kakaknorway baru-baru ini, dia telah berkongsi tips untuk golongan yang ingin bekerja di negara tersebut.

Dalam video yang berdurasi 0.56 saat itu, @kakaknorway telah membahagikan tiga laman web yang boleh digunakan dalam proses mencari pekerjaan dalam bidang yang kira ceburi.

Menurutnya, bagi sesiapa yang bekerja dalam bidang profesional boleh layari laman Linked In. Hal ini kerana dalam laman sesawang itu sudah dilengkapi dengan segala jawatan kosong yang dikehendaki.

Jadi, kita hanya perlu lengkapkan maklumat termasuk resume dan soft skills yang kita ada. Malah, jangan anda risau kerana segala butiran maklumat anda adalah rahsia hanya dikongsikan bagi syarikat yang ingin menawarkan pekerjaan kepada anda.

Tambahnya lagi, bagi golongan yang ingin bekerja dalam bidang minyak dan gas bolehlah melayari laman web yang sama tetapi ambil pengkhususan di bahagian MDE Group.

Yang terakhir, bagi golongan yang ingin bekerja selain daripada bidang profesional, anda boleh melayari laman sesawang finn.no. Tidak hanya itu, laman sesawang tersebut juga memudahkan anda untuk mencari rumah sewa, proses pembelian rumah, beli kereta dan pelbagai barangan yang lain.

Perkongsian itu turut mendapat sambutan daripada warganet iaitu sejumlah 515,500 tontonan, 28,400 tanda suka, 1,200 komen dan 2,700 perkongsian (setakat artikel ditulis).

Sumber: @kakaknorway | Tiktok

Florence Nuar