Siakap Keli
Temui Kepala Budak Dalam Kotak
Gambar: Daily Star

Pegawai Kastam Terkejut, Temui Kepala Budak Dalam Kotak “Parcel” Dikirim Kepada Selebriti AS

Pegawai Kastam Terkejut, Temui Kepala Budak Dalam Kotak “Parcel” Dikirim Kepada Selebriti AS

Seorang pegawai kastam terkejut selepas menemukan kepala seorang kanak-kanak lelaki yang dipenggal di dalam kotak penghantaran barang semasa melakukan rutin pemeriksaan di Monte Grande, Buenos Aires, Argentina.

Memetik Daily Star, ketika melakukan imbasan penghantaran, kotak yang dihantar dari Argentina ke Amerika Syarikat (AS) tersebut didapati mengandungi kepala budak lelaki yang berusia antara sembilan hingga 12 tahun.

Ekoran daripada itu, pihak kastam bertindak untuk membuka kotak tersebut kerana bimbang bahawa mayat manusia diperdagangkan sebelum mengesahkan bahawa penemuan itu adalah kepala kanak-kanak lelaki dan topeng Spider-Man.

Gambar: Daily Star

Correa Argentino melaporkan, kepala tersebut dipenggal dengan sempurna dan rambutnya masih ada.

Selain itu, kepala manusia itu juga dikatakan telah lama mati dan mempunyai kulit yang berparut, lapor Daily Star.

Difahamkan bahawa kotak tersebut akan dihantar kepada seorang selebriti wanita AS yang terkenal dalam sebuah rancangan realiti.

Baca: Kebanyakan ‘Owner’ Terlepas Pandang, 5 Perkara Penting Kena Teliti Sebelum Perbaharui Insurans Motosikal

Bagaimanapun, pengirim kotak itu menggunakan identiti palsu. Kini, pihak berkuasa di Argentina sedang melakukan siasatan sama ada wanita tersebut yang memesan kotak itu ataupun dihantar tanpa pengetahuannya.

Menurut pihak berkuasa, kepala kanak-kanak lelaki yang dilabelkan sebagai ‘hiasan kraftangan Spiderman’ pada kotak tersebut dihantar menuju ke Brooklyn, New York, lapor media tempatan.

Kepala berkenaan telah dipindahkan ke Jabatan Jenayah Fiskal Argentina berikutan campur tangan daripada Mahkamah Jenayah Ekonomi Kebangsaan.

Sejak daripada itu, Pasukan Antropologi Forensik Argentina telah menjalankan kajian radiologi ke atas penemuan itu untuk mengenal pasti identiti pemilik kepala tersebut.

Sumber: Daily Star

Noorliyana Ishak