Siakap Keli
terperosok Bawah Kereta Api
Kredit AFP/Twitter

Detik Cemas Lelaki Nyaris Maut Terperosok Bawah Kereta Api Terakam CCTV

Detik Cemas Lelaki Nyaris Maut Terperosok Bawah Kereta Api Terakam CCTV

Seorang lelaki berdepan detik cemas apabila dirinya nyaris terperosok ke bawah kereta api yang sedang bergerak ketika cuba untuk menaiki kereta api tersebut.

Insiden yang berjaya dirakam kamera CCTV itu menunjukkan detik cemas tersebut berlaku di sebuah stesen kereta api di timur India.

Ketika kejadian, mangsa lelaki tersebut telah melakukan cubaan untuk menaiki kereta api itu semasa ia masih lagi bergerak. Tindakan mangsa telah menyebabkannya tergelincir lalu hampir jatuh terperosok ke bawah landasan.

Baca: Kebanyakan ‘Owner’ Terlepas Pandang, 5 Perkara Penting Kena Teliti Sebelum Perbaharui Insurans Motosikal

Berdasarkan rakaman itu lagi, seorang askar yang berada di tempat kejadian telah bertindak pantas dengan menyelamatkan mangsa terbabit dengan cara menariknya keluar dari landasan kereta api tersebut.

Askar itu difahamkan merupakan anggota dari Pasukan Perlindungan Kereta Api India dan dipercayai sedang bekerja di stesen negeri Bihar pada Hari Tahun Baharu ketika kejadian itu berlaku.

Beberapa orang penumpang yang berada di tempat kejadian juga dilihat cuba membantu mangsa yang malang tersebut.

Sehingga kini, masih tiada lagi laporan rasmi berkaitan dengan kejadiaan tersebut. Keadaan mangsa juga masih tidak diketahui sama ada mengalami sebarang kecederaan ataupun tidak.

Sumber: AFP

Syed Faisal Sayed Muhammad

Kehidupan itu laksana tenunan yang bersambung menjadi kata- Hamka