Siakap Keli
Nama Bayi Lelaki Kedua Paling Popular Di Belanda
Gambar: AA

Muhammad Direkodkan Sebagai Nama Bayi Lelaki Kedua Paling Popular Di Belanda Bagi Tahun 2022

Muhammad Direkodkan Sebagai Nama Bayi Lelaki Kedua Paling Popular Di Belanda Bagi Tahun 2022

Nama kedua paling popular untuk bayi lelaki yang baru lahir di Belanda pada 2022 ialah Muhammad, menurut angka baharu yang dikeluarkan di negara tersebut.

Data yang dikeluarkan oleh Dutch Social Insurance Bank (SVB) pada Khamis lalu merekodkan nama bayi lelaki paling popular yang baru lahir di negara tersebut pada tahun lepas ialah Noah.

Nama itu mendapat tempat teratas berdasarkan faktor kepercayaan agama yang dianuti oleh majoriti rakyat Belanda. Nama Noah telah dinamakan kepada 871 bayi lelaki pada tahun 2022 yang lalu.

Baca: Kebanyakan ‘Owner’ Terlepas Pandang, 5 Perkara Penting Kena Teliti Sebelum Perbaharui Insurans Motosikal

Bagi nama bayi perempuan pula, nama Emma menjadi pilihan paling tertinggi oleh ibu bapa di Belanda bagi menamakan bayi perempuan mereka. Nama Emma telah dinamakan kepada 677 bayi perempuan pada tahun lalu.

Menggabungkan pelbagai ejaan nama, Muhammad menduduki tempat kedua tertinggi antara nama yang diberikan kepada bayi lelaki. Seramai 671 bayi lelaki di Belanda dinamakan dengan nama Muhammad oleh golongan ibu bapa di sana.

Sumber: AA

Syed Faisal Sayed Muhammad

Kehidupan itu laksana tenunan yang bersambung menjadi kata- Hamka