Siakap Keli
tips tanam bawang merah
Kredit: @kebunmahobi | Tiktok

Asyik Cepat Rosak? Ini Tips Mudah Tanam Bawang Merah Sendiri

Penggunaan bawang dalam masakan merupakan sesuatu yang penting, malah tidak dinafikan lagi kekurangan bahan ini akan mempengaruhi keenakan makanan yang dimasak.

Jadi, terbuktilah kepentingan penggunaan bawang dalam bermacam-macam aneka masakan. Tetapi, bawang-bawang juga bukan bahan yang tahan lama, justeru anda tidak digalakkan untuk membelinya secara pukal.

Oleh itu, bagi membendung masalah ini di samping untuk menjimatkan anda daripada membeli bawang dengan kerap, anda diperkenalkan dengan cara menanam bawang sendiri untuk kegunaan yang berterusan.

Tidak hanya itu, daun bawang juga mempunyai kepentingannya yang tersendiri dalam masakan. Jadi, anda dapat lihat kegunaan atau faedah anda menanam bawang merah.

tips tanam bawang merah
Kredit: @kebunmahobi | Tiktok

Ikuti perkongsian @kebunmahobi yang menanam bawang merah dengan cara yang mudah selain dapat memberi hasil yang subur dan banyak.

Video yang berdurasi seminit 14 saat itu telah mendapat tontonan sebanyak 3.9 juta, 185,400 jumlah tanda suka, 1,886 jumlah komen dan 8,946 tanda kongsi (setakat artikel ditulis).

Sebagai langkah pertama, sediakan pasu yang telah diletakkan kain flanel (sejenis kain yang lembut dan mudah menyerap air) pada bahagian bawah pasu sebelum pasu dipenuhkan dengan medium tanah.

tips tanam bawang merah
Kredit: @kebunmahobi | Tiktok

Menurut @kebunmahobi selain daripada menggunakan pasu, cawan plastik (lut sinar) juga boleh digunakan sebagai gantian.

Jadi, jika ingin menggunakan cawan plastik, pastikan anda tebuk bahagian bawahnya dan letakkan juga kain flanel sama seperti ketika menggunakan pasu. Langkah selanjutnya, anda perlu basahkan tanah dan bersihkan sekeliling pasu tersebut.

Beralih kepada bawang merah, potong sedikit hujung bawang merah (bahagian atas) sebelum menanamnya. Untuk proses menanam pula, pastikan anda tidak menanam keseluruhan bawang tersebut.

Tidak dinafikan kesilapan selalu dibuat pada proses ini. Hanya biarkan akar bawang berada dalam tanah dan tanam bawang merah satu pasu satu bawang.

tips tanam bawang merah
Kredit: @kebunmahobi | Tiktok

Selepas selesai meletakkan bawang di setiap pasu, alihkan bawang dan letakkan di atas ‘box styrofoam’ yang telah  mengandungi air.

Sebagai peringatan, adalah tidak digalakkan untuk menggunakan air nutrisi pada proses awal percambahan akar bawang.

tips tanam bawang merah
Kredit: @kebunmahobi | Tiktok

Jadi, bila anda perlu menggunakan air nutrisi untuk penanaman bawang? Anda perlu gunakan air nutrisi ketika daun bawang merah sudah tumbuh sehingga daunnya setinggi 10 cm iaitu lebih kurang 1,000 sehingga 1,200 ppm untuk sekali tanaman.

Dilihat seperti sangat mudah namun, anda perlu mengikuti langkah-langkah yang telah dikongsikan oleh @kebunmahobi untuk mendapatkan hasil bawang merah yang subur seperti itu.

@kebunmahobi

Replying to @sinnerrose Tanam Bawang Merah di Kebun Halaman Rumah #berkebundirumahaja #fypシ゚viral #hidroponikpemula #mahobitm

♬ suara asli – Mahobi TM – Mahobi TM

 

Sumber: @kebunmahobi | Tiktok

Florence Nuar