Siakap Keli
Kredit Taylor Swift/Instagram

Nilai Kekayaan Cecah RM400 Juta, Kucing Taylor Swift Haiwan Peliharaan Ketiga Terkaya Dunia

Nilai Kekayaan Cecah RM400 Juta, Kucing Taylor Swift Haiwan Peliharaan Ketiga Terkaya Dunia

Kucing selebriti terkenal Hollywood, Taylor Swift dilaporkan adalah haiwan peliharaan ketiga terkaya di dunia dengan nilai kekayaan mencecah USD 97 juta (RM 424 juta), lapor Independent.

Laporan terbaru dikeluarkan oleh All About Cats menamakan kucing pemuzik popular tersebut yang bernama Olivia Benson dinobatkan sebagai antara haiwan peliharaan terkaya di dunia.

Kedudukan haiwan peliharaan terkaya dunia telah disusun berdasarkan analitik Instagram bagi setiap kucing yang berpengaruh dengan melihat jumlah pengikut, berapa banyak yang menyukainya dan kadar penglibatan serta jumlah mereka perolehi setiap hantaran di Instagram rasmi mereka.

Kucing bernama Olivia Benson milik Taylor Swift berada di nombor tiga dalam senarai nilai kekayaan bersih sebanyak USD 97 juta.

Baca: Kebanyakan ‘Owner’ Terlepas Pandang, 5 Perkara Penting Kena Teliti Sebelum Perbaharui Insurans Motosikal

Walaupun majoriti haiwan peliharaan terkaya di dunia adalah pempengaruh di media sosial, Olivia pula telah berjaya meraih kekayaannya di luar dunia pempengaruh Instagram.

“The Scottish Fold memperoleh kekayaannya dengan membintangi beberapa video muzik bersama pemiliknya, menghasilkan ‘merchandise’, dan turut membintangi beberapa iklan berbajet besar termasuk iklan seperti Diet Coke dan Ned Sneakers,” tulis laporan berkenaan.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Taylor Swift (@taylorswift)

Nama Olivia Benson yang diambil berdasarkan siri popular Law & Order: Special Victims Unit, kucing itu telah membintangi banyak jenis penggambaran bersama Swift dalam beberapa iklan. Malah haiwan itu turut membuat penampilan khas dalam video muzik Swift untuk lagu “Me!” dan “Blank Space”.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Taylor Swift (@taylorswift)

Walau bagaimanapun dua lagi kucing milik Swift yang bernama Meredith Gray dan Benjamin Button tidak berjaya berada dalam senarai Forbes berkenaan.

Berada di kedudukan nombor satu dalam ranking haiwan peliharaan terkaya di dunia ialah seekor anjing jenis Sherpherd bernama Gunther IV. Anjing milik syarikat media Itali Guther Corporation telah meraih kekayaan bersih sebanyak USD 500 juta (RM 2.1 bilion).

Nombor dua dalam senarai pula ialah Nala Cat. Kucing itu difahamkan mempunyai nilai kekayaan sebanyak USD100 juta. Nala Cat juga turut mempunyai lebih 4 juta pengikut di media sosial Instagram.

Anjing peliharaan milik Oprah Winfrey yang bernama Sadie, Sunny, Lauren, Layla dan Luke berada di nombor empat dalam senarai. Mereka dilaporkan mempunyai nilai kekayaan sebanyak USD30 juta.

Sumber: Independent

Syed Faisal Sayed Muhammad

Kehidupan itu laksana tenunan yang bersambung menjadi kata- Hamka