Siakap Keli
Prosedur Daftar Nikah Luar Negara
Gambar: Bernama

Wajib Tahu, Ini Prosedur Daftar Pernikahan Yang Dilangsungkan Di Luar Negara Dengan Kebenaran JAWI

Wajib Tahu, Ini Prosedur Daftar Pernikahan Yang Dilangsungkan Di Luar Negara Dengan Kebenaran JAWI

Perkahwinan atau ijab qabul merupakan satu penyatuan suci antara dua hati sebelum sah bergelar suami dan isteri.

Bukan mudah dalam mendirikan sebuah mahligai cinta yang diimpikan, pelbagai cabaran dan rintangan yang terpaksa dilalui oleh kedua-dua pasangan sebelum diijabkabulkan.

Tambahan lagi, sekiranya rakyat Malaysia yang berada di luar negara dan berhasrat untuk mengahwini pasangan pilihan perlulah menjalani beberapa prosedur yang telah ditetapkan. Hal ini perlu dititikberatkan bagi mengesahkan status perkahwinan sebelum pulang ke Malaysia.

Namun, masih ramai yang kurang jelas berhubung perkara ini dan ia boleh memberikan kesan terhadap status pernikahan yang didaftarkan mereka di luar negara.

Untuk mengetahui dengan lebih lanjut, mari kita ikuti perkongsian oleh Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) di bawah. Semoga bermanfaat.

Prosedur Daftar Nikah Yang Dilangsungkan Di Luar Negara Dengan Kebenaran JAWI

Sebagai sebuah negara Islam, JAWI telah menetapkan beberapa syarat dan prosedur yang perlu dipatuhi oleh mana-mana pasangan yang telah berkahwin di luar negara bagi mengesahkan status perkahwinan mereka di Malaysia.

Langkah pertama, pemohon hendaklah hadir ke Bahagian Perkahwinan dan Pembangunan Keluarga, Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) untuk mengisi Borang Permohonan Pendaftaran Nikah Luar Negara.

Menurut JAWI, terdapat 12 dokumen yang perlu dilampirkan oleh pasangan termasuklah  salinan kad pengenalan suami dan isteri, salinan muka surat hadapan pasport suami dan isteri berserta tarikh keluar masuk ke negara berkenaan untuk tujuan perkahwinan itu, salinan surat akuan atau Kad Akuan Masuk Islam bagi Saudara Muslim dan Surat Kebenaran Berkahwin daripada JAWI.

Selain itu, setiap pasangan juga perlu membawa surat asal dan salinan Surat Perakuan Nikah dalam bahasa tempatan yang telah disahkan oleh Kedutaan Malaysia di Negara berkenaan atau Kedutaan Negara berkenaan di Malaysia dan Bahagian Konsular, Kementerian Luar Negeri, Wisma Putra di Putrajaya disamping membawa bersama surat makluman perkahwinan dari Kedutaan /Konsulat Malaysia di negara di mana akad nikah dijalankan.

Bukan itu sahaja, suami isteri juga perlu membawa terjemahan salinan Surat Perakuan Nikah daripada  badan yang diiktiraf bagi Surat Perakuan Nikah selain dari Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris. 

Tambahan lagi, salinan Akta Nikah Model N jika perkahwinan berlaku di Indonesia dan surat mati suami atau isteri pasangan bagi duda/ balu kematian suami /isteri (salinan) juga diperuntukkan.

Bagi mereka yang berstatus duda atau janda perlulah mengemukakan salinan surat Perakuan Cerai.

Seterusnya, bagi pasangan yang berkahwin menggunakan wali hakim, mereka perlu melampirkan salinan Surat Kebenaran Berkahwin menggunakan wali hakim dan dokumen terakhir diperuntukkan adalah sekeping gambar bercetak majlis akad nikah yang jelas menunjukkan pasangan pengantin, wali, saksi-saksi dan jurunikah.

Selepas semua dokumen di atas telah disediakan, barulah langkah seterusnya boleh dilakukan iaitu suami dan isteri perlulah hadir bersama pada tarikh yang ditetapkan untuk menjalankan proses soal selidik, bacaan ta’liq dan pendaftaran.

Sumber: Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI)

Iqbal Yasir

Tengah stalk gambar sebelah ke tu?