Siakap Keli
Kredit: Astro Gempak

Trailer Rasmi Didi & Friend The Movie Didedah, Masuk Pawagam Bermula 23 Feb Ini

Trailer Rasmi Didi & Friend The Movie Didedah, Masuk Pawagam Bermula 23 Feb Ini

Video trailer rasmi bagi filem Didi and Friends The Movie sudahpun didedahkan kepada umum menerusi saluran Youtube Astro Gempak baru-baru ini.

Difahamkan, filem muzikal fantasi penuh aksi ini merupakan hasil usahasama antara Astro Shaw, Warnakala Studio, Digital Durian dan MDEC dan menampilkan barisan pelakon suara seperti Dato’ Awie (Tok Chip), Amelia Henderson (Kapten Zee) dan W.A.R.I.S (Torra).

Filem berkenaan dijadualkan akan mula memasuki pawagam-pawagam tanah air bermula 23 Februari ini. Bagaimanapun, setakat ini tiada maklumat mengenai harga tiket, slot tayangan dan tempahan awal tiket dikongsikan oleh pihak-pihak yang berkaitan.

Melihat kepada kualiti animasi yang dipersembahkan menerusi trailer di atas, filem berkenaan dijangka menjadi filem animasi Malaysia seterusnya yang bakal menarik perhatian banyak pihak. Malah, selain menyasarkan penonton dalam kalangan kanak-kanak, Didi & Friends The Movie juga dijangka tidak akan berdepan dengan sebarang masalah menarik minat penonton dewasa.

Terdahulu, Didi & Friends merupakan sebuah francais media belajar sambil berhibur bagi kanak-kanak, khususnya di peringkat awal usia.

Siri animasi ciptaan syarikat Digital Durian ini ditunjangi oleh watak tiga ekor ayam serama muda yang bernama Didi, Jojo dan Nana.

Selain tiga watak di atas, watak lain yang turut popular dalam animasi ini adalah Bingo Si Kucing dan Pak Atan. Kebanyakkan video animasi yang dihasilkan sebelum ini disertakan dengan lagu-lagu berbentuk pendidikan khas untuk kanak-kanak.

BACA: “Akhirnya Dapat Tengok Depan Mata..,” Peminat Dari Jepun Nekad “Fly” Ke Malaysia Demi Filem Mechamato

Sumber: Golden Screen Cinema (GSC) via Twitter

Nur Syahirah Zainoor Hisham

Everyone has their own perspective, there’s nothing strange about that - Thoma