Siakap Keli
Penyelam Di Jepun Temui Sotong Gergasi
Gambar: CNN

Jarang Berlaku, Penyelam Di Jepun Temui Sotong Gergasi Sepanjang 2.5 meter

Jarang Berlaku, Penyelam Di Jepun Temui Sotong Gergasi Sepanjang 2.5 meter

TOKYO — Sepasang suami isteri dari Jepun berjaya merakam video seekor sotong gergasi sepanjang 2.5 meter (8 kaki) sewaktu menyelam di pantai barat.

Memetik Japan Times, seorang penjual alatan memancing telah memaklumkan kelibat makhluk tersebut kepadanya sebelum Yosuke Tanaka bersama isterinya, Miki melakukan aktiviti menyelam di bandar Toyooka di wilayah Hyogo.

“Ia adalah sotong yang besar. Kami tidak melihatnya bergerak dengan jelas sepertimana yang ditunjukkan oleh kebanyakan ikan dan hidupan marin lain,” katanya pada Khamis.

BACA JUGA: Makhluk Seakan Sotong Gergasi Dikatakan ‘Lebih Besar Dari Manusia’ Dilapor Ditemui Berhampiran Kapal Karam

Tambah Tanaka, saiz badan dan matanya yang besar menarik perhatian. Dia turut membayangkan kekuatan sotong itu dalam melarikan diri daripada ikan paus yang merupakan pemangsa utama.

“Saya dapat melihat sesungutnya bergerak. Saya fikir ia berbahaya jika disentuh olehnya dan dibawa pergi ke suatu tempat.

“Sotong itu kelihatan lemah dan bergerak dengan perlahan. Ia sangat menakjubkan. Saya rasa tidak ada yang lebih rare daripada pengalaman ini,” katanya lagi.

Menurut Tanaka, dia tidak akan melupakan pengalaman tersebut lebih-lebih lagi tidak banyak perkara yang diketahui tentang makhluk itu.

“Saya sangat gembira sekiranya kami dapat membantu mengetahui tentangnya dengan lebih lanjut,” jelasnya.

Umumnya, sotong gergasi diketahui tinggal di perairan sekitar negara matahari terbit itu. Kadangkala, ia turut dilaporkan terdampar di darat.

Bagaimanapun, untuk melihat hidupan ini dengan lebih dekat di habitat asal adalah sangat sukar.

Sumber: AFP via Japan Times

Iqbal Yasir

Tengah stalk gambar sebelah ke tu?