Siakap Keli
NVIDIA Broadcast 1.4 Kini Dilengkapi Dengan Ciri "Eye Contact"
Gambar: NVIDIA

NVIDIA Broadcast 1.4 Kini Dilengkapi Dengan Ciri “Eye Contact”, Bantu Kekalkan Pandangan Mata Pada Kamera

NVIDIA Broadcast 1.4 Kini Dilengkapi Dengan Ciri “Eye Contact”, Bantu Kekalkan Pandangan Mata Pada Kamera

Syarikat Pereka Kad Grafik terkenal, NVIDIA mengumumkan beberapa ciri terbaharu yang dikenali sebagai eye contact dan Vignette dalam kemas kini Broadcast 1.4.

Software Development Kit (SDK) telah mengemaskini Sistem Penstriman NVIDIA yang dikenali sebagai Maxine ke dalam aplikasi mereka dengan ciri terkini seperti eye contact, Vignette, kemas kini latar belakang yang lebih berkualiti dan banyak lagi.

Dalam laporan NVIDIA, pihaknya berkata ciri terbaharu itu mampu membawa perubahan dalam latar belakang maya (penstriman video).

Difahamkan, lebih 20 rakan kongsi NVIDIA bakal menerima manfaat penambahaikan daripada ciri terbaharu itu dalam sistem penstriman aplikasi.

Antara rakan kongsi yang bakal menerima features terbaru ini termasuklah Acer, Asus, Gigabyte, MSI, Lenovo dan Razer yang akan merasai pengalaman berkuasa AI terbaik yang dinaik taraf dari segi mikrofon, kamera dan pembesar suara.

Antara aplikasi yang mendapat kemas kini kesan latar belakang maya ini termasuk OBS, Streamlabs dan Elgato Camera Hub.

Features Eye Contact

Gambar: NVIDIA

Kesan terbaharu eye contact ini dapat mensimulasikan semula mata selari dengan kamera. Tambahan lagi, kesan ini juga dapat mengekalkan warna semula jadi pada mata dan mampu berkelip.

Ia juga dapat mengekalkan kadar peralihan (transition) dengan lancar sekiranya kesan tersebut terputus sambungan akibat pengguna melihat terlalu jauh.

BACA JUGA: Apple Dah ‘Update’, Ini Senarai 18 Model iPhone Yang Menyokong Kemas Kini iOS 16

Ciri terbaharu ini sangat sesuai untuk mereka yang bergelar pencipta kandungan (content creators) yang ingin membuat rakaman diri sendiri sambil membaca nota atau skrip.

Dengan bantuan ciri terbaharu NVIDIA, pengguna dapat mengekalkan pandangan mata ke arah kamera secara terus. Walau bagaimanapun, kesan ini masih berada pada versi beta.

Vignette, Latar Belakang Maya yang lebih Baik

NVIDIA Hasilkan Feature Terbaru
Gambar: NVIDIA

Sama seperti kesan yang digunakan dalam aplikasi Instagram,  kesan Vignette ini telah diselaraskan dalam ciri penyiaran (live).

Gabungan kesan kabur pada latar belakang menghasilkan visual bokeh pada kamera web anda disamping mempertingkatkan kualiti paparan.

Selain kesan kabur pada latar belakang video, penggantian dan pembuangan latar belakang telah ditambahbaik dengan maklumat temporal untuk mencapai optimization yang lebih baik dan membolehkan AI memproses keputusan yang lebih baik.

NVIDIA Hasilkan Feature Terbaru
Gambar: NVIDIA

Bukan sahaja itu, aplikasi penyiaran juga telah disepadukan dengan dua ciri yang mendapat suara komuniti paling ramai iaitu menambah dua ikon baharu, Camera Mirroring dan Selfies.

Sumber: NVIDIA

Muhd Iqbal