Siakap Keli
Pengadil Bola Sepak kad putih
Gambar: Twitter @Canal_11Oficial

Pengadil Bola Sepak Di Portugal Layangkan Kad Putih, Rupanya Ini Sebabnya

Pengadil Bola Sepak Di Portugal Layangkan Kad Putih, Rupanya Ini Sebabnya

LISBON — Dalam satu perlawanan bola sepak wanita, pengadil telah melayangkan ‘kad putih’ buat kali pertama dalam sejarah bola sepak dunia pada Sabtu lalu di Estadio da Luz, Portugal.

Menurut ESPN, insiden itu berlaku selepas salah seorang peminat dilaporkan pengsan di tempat penonton pada hujung separuh masa pertama perlawanan antara Sporting Lisbon menentang Benfica.

Pengadil telah bertindak melayangkan kad putih itu kepada kedua-dua pasukan perubatan selepas bertindak pantas memberikan rawatan kepada peminat tersebut.

Sewaktu layangan kad tersebut, pasukan Benfica sedang mendahului dengan tiga gol tanpa balas.

Sementara itu, penonton yang berada di stadium berkenaan teruja selepas melihat kad putih buat kali pertama dalam hidup mereka dan bertindak memberikan sorakan gemuruh.

Dalam perlawanan tersebut, skuad Benfica berjaya menundukkan Sporting Lisbon 5-0 untuk mara ke pusingan suku akhir.

Fungsi kad putih

Sejak Piala Dunia yang dianjurkan oleh Persatuan Bola sepak Dunia (FIFA) pada 1970, peminat bola sepak hanya didedahkan dengan layangan kad kuning dan kad merah kepada mana-mana pemain atas tindakan melanggar disiplin bola sepak.

Berbeza dengan kedua-dua kad itu, sebaliknya kad putih berfungsi untuk menunjukkan pengiktirafan atau memuji sikap kelab terhadap tindakan adil sewaktu perlawanan dalam usaha meningkatkan nilai dan etika kesukanan, lapor Portal JOE.

Seperti dalam perlawanan itu, kedua-dua kakitangan kesihatan pasukan meluru memberikan bantuan kepada peminat yang mengalami kecederaan (sakit) itu.

Gambar: Twitter @Canal_11Oficial

Buat masa ini, kad putih hanya diperkenalkan di Portugal dan ia adalah inisiatif untuk menggalakkan semangat kesukanan atau dalam erti kata lain memberikan pengiktirafan ke atas tindakan positif sewaktu perlawanan bola sepak.

Sumber: The Indian Express, The Sun UK

BACA JUGA: “Itu Tak Boleh Diterima,” Erik Kecewa Dengan Manchester United

Iqbal Yasir

Tengah stalk gambar sebelah ke tu?