Siakap Keli
Kredit: bohjankl

Ingatkan Mabuk, Lelaki Ditemui Terbaring Kaku Atas Lantai Rupanya Sakit Diserang “Slip Disc”

Ingatkan Mabuk, Lelaki Ditemui Terbaring Kaku Atas Lantai Rupanya Sakit Diserang “Slip Disc”

Tular di media sosial berkenaan sebuah video memaparkan seorang lelaki terbaring mengerang kesakitan berseorangan di atas lantai.

Video perkongsian yang di muat naik ke TikTok oleh akaun bernama @Bohjankl itu memaparkan mangsa seorang lelaki dewasa tertiarap disyaki akibat slip disc sambil meraung-raung kesakitan.

“Tadi pagi, dalam perjalanan naik rumah aku terserempak dengan seorang abang ni tiba-tiba jatuh depan aku lepastu terus meraung-raung. Aku fikirkan dia mabuk ke apa. Pukul 5 pagi waktu tu,” tulis video tersebut.

Baca: Boleh Jimat Masa, Ini Cara Nak Buat Umrah 3 Kali Tanpa “Apply” Cuti Panjang

Lelaki itu kemudiannya terus menghubungi ambulans dari Hospital Kuala Lumpur (HKL) bagi membantu membawa mangsa ke hospital untuk mendapatkan rawatan.

Menurut lelaki itu lagi, mangsa sebelum ini pernah menjalani operasi pembedahan berkaitan slip disc, namun penyakitnya itu berlaku sekali lagi selepas dia turun dari motosikalnya pada awal pagi tersebut.

“Aku memang gelabah waktu tu, tak tahu nak buat apa. Aku hubungi ambulans untuk dapatkan bantuan, lepastu aku panggil pengawal keselamatan teman aku,” tulis video itu lagi.

Tambahnya, ambulans akhirnya sampai dengan pantas untuk memberi bantuan dan membawa mangsa ke hospital bagi mendapatkan rawatan lanjut.

“Terima kasih pada pihak HKL dan pengawal keselamatan yang membantu. Semoga abang tu dipermudahkan segala urusan dan diberi kesihatan seperti sedia kala, Aamiin,” tulis lelaki di dalam perkongsian video berkenaan.

@bohjankl

Kalau kene Slipped Disc ni memang xleh bawak bincang sakit dia..😖😖😖😖😖😖😖😖😖😖 #2023 #HKL #slippeddisc

♬ original sound – BOJAN’KL – BOJAN’KL

Sehingga artikel ini ditulis, video tersebut telah mendapat tontonan melebihi 2 juta tontonan oleh pengguna TikTok. Mereka juga turut sempat menceritakan pengalaman ketika terkena ‘slip disc’.

“Ya betul. Akak kena slip disc, sakit teramat. Duduk sakit, baring sakit. Serba tak kena. Syukur dah pulih walau bukan 100%,” tulis seorang netizen.

“Ya betul. Nak bangun tak boleh. Saya dekat hospital dah masa tu, nurse bagi baring, saya nangis kata tak nak baring nanti tak boleh bangun sebab sakit. diaorang pujuk,” tulis seorang lagi.

“Memang sakit bila kena. Saya dulu pun pernah kena. Sampai ‘cramp’ tak dapat gerak. Sakit dia ya ampun,” tulis seorang lagi yang berkongsikan pengalaman mereka.

Selain itu, terdapat juga penonton yang meninggalkan komen mengucapkan terima kasih kepada lelaki yang berkongsi video tersebut kerana telah membantu mangsa yang kesakitan.

“Terima kasih orang baik, terima kasih guard, dan terima kasih staf kesihatan.  Semoga diberi kesembuhan buat pesakit,” tulis seorang penonton yang berterima kasih kerana sudi membantu.

Sumber: Tiktok

Syed Faisal Sayed Muhammad

Kehidupan itu laksana tenunan yang bersambung menjadi kata- Hamka