Siakap Keli
Spotify Umum Buang Tenaga Kerja Sebanyak Enam Peratus
Gambar: Don Emmert / AFP

Spotify Dilapor Buang Enam Peratus Tenaga Kerja

Spotify Dilapor Buang Enam Peratus Tenaga Kerja

Syarikat gergasi penstriman muzik, Spotify mengumumkan pengurangan tenaga kerjanya sebanyak enam peratus bersamaan 600 pekerjaan semalam.

Memetik Metro UK, langkah tersebut diambil bagi menyusun semula struktur organisasi termasuk Pegawai Pengiklanan, Dawn Ostroff yang meninggalkan syarikat itu.

Ketua Pegawai Eksekutif, Daniel Ek berkata beliau akan melakukan perjumpaan secara bersemuka bersama pekerjanya (seorang demi seorang).

“Saya percaya keputusan yang dibuat oleh Spotify adalah bertepatan dan saya memberikan tumpuan kepentingan sejarah serta pertumbuhan syarikat.

“Tetapi, apabila syarikat semakin dan berkembang dalam perniagaan, cara kerja juga harus mempunyai perubahan namun masih berpegang pada nilai prinsip asal,” katanya.

Gambar: Pixabay

Tambahnya, beberapa perspektif syarikat telah dianalisis pada tahun 2022 sebelum mengambil keputusan. Lebih-lebih lagi, pertumbuhan OPEX Spotify menunjukkan peningkatan hasil sebanyak dua kali ganda.

“Untuk jangka masa yang panjang, perkara itu dilihat menjadi lebih sukar dengan persekitaran makro yang tidak stabil.

“Sejak beberapa bulan kebelakangan ini, kami menjalankan usaha yang besar untuk mengawal kos namun masih tidak mencukupi. Jadi kami memikirkan langkah yang terbaik untuk Spotify walaupun rakan kerja telah banyak memberikan sumbangan dalam syarikat,” katanya.

Susulan itu, Spotify dijangka menanggung kerugian kira-kira RM163.1 juta hingga RM209.7 juta akibat bayaran pampasan (caj pemecatan) kepada pekerjanya.

Gambar: AFP

Walaupun syarikat tersebut sedang membuat rombakan semula, namun saham Spotify dilaporkan meningkat sebanyak 3.5 peratus dalam prapasaran perdagangan.

Langkah itu diputuskan Spotify selepas syarikat muzik itu mengalami kemerosotan permintaan dalam tempoh dua tahun akibat faktor pandemik.

BACA JUGA: Microsoft Dilapor Bakal Pecat Lebih 10,000 Pekerjanya Mulai 19 Januari

Selain itu, Syarikat yang berpengkalan di Sweden itu juga menarik balik perbelanjaan pengiklanan selepas kenaikan kadar faedah yang pesat akibat perang Rusia-Ukraine yang semakin menekan ekonomi global.

Terdahulu, Spotify mempunyai sekitar 9,800 pekerja sepenuh masa pada September lalu. Langkah yang sama turut diambil oleh beberapa syarikat gergasi lain termasuk Amazon, Meta, dan Microsoft.

Sejak Oktober lalu, Spotify telah memperlahankan pengambilan kerja untuk tahun 2022 dan 2023.

Sumber: Metro UK

Iqbal Yasir

A wise man once said "Siuuuuu"

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.

error: