Siakap Keli
KJ Bakal Dilantik Jadi CEO JDT
Gambar: HRH Crown Prince of Johor

“Berpengalaman Dan Terbukti,” TMJ Bagi “Hint” KJ Bakal Dilantik Jadi CEO JDT

“Berpengalaman Dan Terbukti,” TMJ Bagi “Hint” KJ Bakal Dilantik Jadi CEO JDT

Pemilik kelab bolasepak Johor Darul Ta’zim (JDT), Tunku Ismail Sultan Ibrahim (TMJ) mungkin bakal melantik Khairy Jamaluddin untuk memegang jawatan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) kelabnya.

Perkara tersebut dapat dilihat menerusi satu ciapan di akaun Twitter rasmi TMJ sebentar tadi.

“Berpengalaman, terbukti, kenapa tidak…,” tulis kapsyen gambar tersebut.

Seperti yang dapat dilihat dalam gambar tersebut, TMJ juga turut memberi bayangan bahawa bekas Ahli Parlimen Rembau itu akan menjawat jawatan penting di dalam JDT.

“CEO JDT dan Penasihat Belia Negeri Johor pada masa akan datang,” tulis TMJ.

Baca: Boleh Jimat Masa, Ini Cara Nak Buat Umrah 3 Kali Tanpa “Apply” Cuti Panjang

Pun begitu, belum ada kenyataan rasmi yang dikeluarkan mana-mana pihak berhubung perkara tersebut.

Khairy Jamaluddin pada baru-baru ini disahkan telah dipecat daripada UMNO.

Pengalaman Khairy dalam industri sukan tanah air tidak perlu dipertikai lagi terutamanya sukan bolasepak.

Beliau pernah berkhidmat sebagai Menteri Belia dan Sukan dari Mei 2013 hingga Mei 2018.

Semasa memegang jawatan tersebut, beliau telah menubuhkan Program Pembangunan Bola Sepak Nasional (NFDP).

Selain daripada itu, beliau juga turut pernah terpilih untuk menjadi Naib Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) dan berkhidmat dari 2007 hingga 2010.

Sumber: HRH Crown Prince of Johor

Aqmal Ezany

I write what is right