Siakap Keli
24 Orang Dilaporkan Maut Dalam Nahas Sebuah Bas Di Peru
Gambar: GP CANAL / AFP

24 Orang Dilaporkan Maut Dalam Nahas Sebuah Bas Di Peru

24 Orang Dilaporkan Maut Dalam Nahas Sebuah Bas Di Peru

LIMA — Sekurang-kurangnya 24 orang dipercayai maut selepas sebuah bas yang membawa 60 penumpang terjunam ke dalam gaung di  tebing barat laut di wilayah Piura, Peru semalam.

Difahamkan, bas tersebut merupakan milik sebuah syarikat Qorianka Tours yang dalam perjalanan dari Lima ke Tumbes di sempadan Ecuador berhampiran bandar Organos, maklum polis.

Menurut pihak polis, jumlah kematian awal yang direkodkan adalah seramai 25 orang namun apabila diperiksa jumlah sebenar adalah 24 orang.

Insiden itu menyebabkan beberapa penumpang tercampak ke luar dari kenderaan itu sementara yang lain terperangkap di dalamnya.

BACA JUGA: 12 Cedera Dalam Kemalangan Bas

Tambahan lagi, hasil siasatan mendapati sebahagian penumpang berasal dari Haiti, lapor pihak berkuasa.

Kesemua penumpang telah dibawa ke hopital di El Alto dan Mancora yang terletak kira-kira 1,000 kilometer di utara Lima bagi menerima rawatan dan pemeriksaan lanjut.

Sementara itu, media tempatan turut memaklumkan bahawa lokasi kemalangan berkenaan berlaku di tempat yang dikenali sebagai “Devil’s Curve”.

Sehingga kini, pihak polis masih menjalankan siasatan lanjut berhubung kejadian.

Dalam pada itu, kejadian hampir sama turut dilaporkan berlaku di barat daya Pakistan pada Ahad.

Memetik laporan Bernama, sekurang-kurangnya 39 orang dilaporkan maut selepas bas mini yang dinaiki terjunam ke dalam gaung.

Kejadian itu dipercayai berlaku di bandar Lasbela di barat daya wilayah Balochistan yang terletak kira-kira 116 kilometer (72 batu) dari ibu kota Karachi.

Menurut Asisten Komisioner Lasbela Hamza Anjum, bas mini yang membawa 48 penumpang itu dalam perjalanan dari ibu kota wilayah Quetta ke Karachi.

Kenderaan itu didakwa dipandu laju, sebelum terjunam ke dalam gaung lalu terbakar.

Sekurang-kurangnya tiga orang, termasuk seorang kanak-kanak dan seorang wanita berjaya diselamatkan.

Operasi menyelamat sedang dijalankan untuk mengeluarkan mayat dan mangsa cedera.

Sumber: AFP via NDTV

BACA: Bentuk Unik Seakan UFO, Kenali Awan Lentikular & Bagaimana Ia Terbentuk

BACA JUGA: “Nampak Pokok Buluh Macam Pintu Gerbang..,” Kisah 8 Orang Jadi Tahanan Di Bukit Luruh, Terpaksa Bergadai Nyawa Untuk Hidup

Iqbal Yasir

Tengah stalk gambar sebelah ke tu?