Siakap Keli
Hampir Dua Tahun Digantung, Tun Faisal Dipecat UMNO
Gambar: Bernama

Hampir Dua Tahun Digantung, Tun Faisal Sahkan Dipecat UMNO

Hampir Dua Tahun Digantung, Tun Faisal Sahkan Dipecat UMNO

SHAH ALAM — Setelah hampir dua tahun digantung, Bekas Timbalan Ketua Bahagian UMNO Putrajaya, Tun Faisal Ismail Aziz memaklumkan bahawa beliau tidak lagi bergelar ahli UMNO selepas dipecat.

Memetik Sinar Harian, Faisal telah menerima surat pemecatan tersebut selepas dihubungi oleh Ibu Pejabat UMNO pada pukul 4.28 petang.

Meskipun telah dipecat, beliau menyatakan bahawa masih dirujuk sebagai Timbalan Ketua UMNO Bahagian.

“Maksudnya jika sesiapa digantung keahlian, gelaran jawatan mereka masih kekal walaupun hak keahlian mereka digantung. Jadi Datuk Seri Hishammuddin masih boleh digelar Ketua UMNO Bahagian dan bukan bekas atau mantan seperti yang dirujuk oleh media terhadap saya sebelum ini,” jelasnya hari ini.

Difahamkan, UMNO telah bertindak menggantung keahlian Faisal selama enam tahun sejak Mac 2021.

Tambahan lagi, beliau turut menyifatkan Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan ‘terlupa’  untuk memasukkan namanya  dalam senarai sembilan nama ahli UMNO Putrajaya yang digantung sebelum ini

“Mungkin selepas saya buat siaran langsung mengenai keputusan pembersihan UMNO daripada golongan penentang Datuk Seri Zahid Hamidi, baru ahli-ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) perasan, rupanya ada seorang lagi yang mereka lupa nak umum pecat.

“Jadi termasuk saya, mungkin jumlah sebenar ahli UMNO Putrajaya yang dipecat adalah 10 orang,” katanya lagi.

Sementara itu, beliau turut menzahirkan terima kasih kepada UMNO dan pemimpin yang telah berjuang atas dasar agama, bangsa dan tanah air sehingga berjaya mengangkat kedudukan Islam sebagai agama persekutuan.

Menurutnya lagi, penentangannya adalah kepada individu dan bukannya kepada parti itu secara keseluruhan, maklumnya.

Sumber: Sinar Harian

Iqbal Yasir

Tengah stalk gambar sebelah ke tu?