Siakap Keli
Marcel Sabitzer Unitied
Kredit: Football 365 | Manchester Evening Sport

Marcel Sabitzer Kini Milik Manchester United

Pemain tengah Austria, Marcel Sabitzer kini disahkan menjadi milik Manchester United selepas kelab elit England itu membuat keputusan menandatangan permain Bayern Munich itu secara pinjaman, lapor Football 365.

Sebelum ini, United telah dikaitkan dengan beberapa pemain tengah ekoran bintang tengah mereka,Chirstian Eriksen terpaksa berehat beberapa bulan. Ia berikutan pemain tengah Denmark itu mengalami kecederaan ketika perlawanan menentang Reading pada saingan Piala FA Sabtu lalu.

Memetik Football 365, Sabitzer bersedia untuk menyertai Red Devils secara pinjaman sehingga akhir musim ini. Difahamkan layak muncul sebagai sasaran utama kelab walaupun dilapor ditawarkan peluang untuk menandatangani Houssem Aouar dari Lyon.

Selain itu, United juga dipercayai berminat untuk menandatangani rakan sepasukan Sabitzer di Bayern Munich, Ryan Gravenberch yang pernah dikendalikan oleh Erik Ten Hag di Ajax.

Bagaimanapun, pemain berusia 28 tahun itu merupakan ‘pemain’ mereka sendiri yang telah dipinjam untuk mengisi kekosongan Eriksen.

Marcel Sabitzer dikatakan telah tiba di Carrington pada petang Selasa untuk menjalani pemeriksaan kesihatan dan seterusnya menandatangani kontrak sebagai tanda sah milik Manchester United.

Marcel Sabitzer
Kredit: Football 365

Memetik wartawan Jerman, Florian Plettenberg, pemeriksaan kesihatan (Sabitzer) telah dijalankan terlebih dahulu sebelum memberi gambaran kepada mereka tentang pemain tersebut.

Sementara itu, ejennya, Roger Wittmann mengatakan Sabitzer adalah orang yang paling ‘tidak senang’ kalau tidak dapat beraksi di padang, malah dikatakan langsung tidak mahu kalah.

BACA: Enzo Fernandez Dilapor Sah Jadi Milik Chelsea, Pecah Rekod Perpindahan EPL

Justeru, perkara tersebut mungkin mendorong kepada perpindahannya ke United berjalan dengan begitu mudah.

“Dari segi perwatakan, ‘kanak-kanak’ itu merupakan ‘pembunuh. Itulah rupa pemain yang sentiasa mahu kemenangan,” tambahnya.

Untuk rekod, Sabitzer telah bermain dalam 23 perlawanan pertandingan musim ini dengan hanya 11 daripadanya disenaraikan sebagai pemain utama.

Ten Hag kini tidak banyak pilihan posisi permain tengah susulan ketiadaan Eriksen,Van de Beek dan McTominay akibat kecederaan.

Mungkin ini merupakan peluang terbaik buat Marcel Sabitzer untuk beraksi dalam kesebelasan utama United. Bagaimanapun difahamkan beliau mungkin akan bersaing dengan Fred untuk merebut tempat posisi tengah dalam kesebelasan utama Manchester United.

Hal ini berikutan Eriksen dijangka akan pulih dan turun beraksi semula pada April, selain VDB akan dikeluarkan pada penghujung musim ini.

Sumber: Football 365

Florence Nuar