Siakap Keli
fb kurangkan bateri telefon
Kredit: Edgar Cervantes/ Android Authority

‘Apps’ FB Didakwa Boleh Kurangkan Bateri Telefon Secara Rahsia

Aplikasi FB Didakwa Boleh Kurangkan Bateri Telefon Secara Rahsia

Aplikasi FB didakwa mampu kurangkan kuasa bateri telefon pengguna secara rahsia, dedah salah seorang pekerja syarikat tersebut dalam satu tuntutan mahkamah baru-baru ini.

George Hayward, seorang saintis data berkata, amalan berkenaan dikenali sebagai ‘ujian negatif’. Katanya, ujian itu membenarkan kuasa bateri telefon pengguna diturunkan untuk menguji beberapa fitur atau isu dalam aplikasi itu. Antaranya seperti seberapa pantas aplikasi tersebut boleh beroperasi dan bagaimana gambar dimuat naik.

Menurut Hayward, dia sudahpun menyuarakan kebimbangan mengenai ujian itu kepada pihak pengurusan sebelum ini. Malangnya, perkata tersebut tidak diendahkan sebaliknya telah dipecat kerana enggan terlibat dalam pasukan yang bertanggungjawab mengendalikan ujian tersebut.

“Saya bercakap dengan pengurusan dan menegaskan ujian ini boleh membahayakan seseorang. Namun, pengurus berkata dengan meletakkan sebilangan kecil pengguna dalam risiko, mereka boleh membantu kumpulan yang lebih besar,” dedah Hayward lagi.

Mula berkhidmat dengan syarikat itu pada Oktober 2019, Hayward berkata dia tidak pasti jumlah pengguna yang terjejas dengan ujian negatif itu. Tetapi dia percaya, amalan itu berjalan kerana dia pernah dibekalkan dengan dokumen latihan dalaman bertajuk ”Cara Menjalankan Ujian Negatif Yang Bertimbang Rasa”. Dia turut dibekalkan dengan contoh-contoh bagaimana ujian itu dijalankan sebelum ini.

Tak pernah lihat dokumen sengeri itu dalam hidupnya

“Saya tidak pernah melihat dokumen yang lebih mengerikan daripada dokumen itu dalam kerjaya saya,” katanya.

Hayward bertugas di bahagian aplikasi Messenger, iaitu salah satu aplikasi chat dibawah Facebook yang begitu popular dan penting di banyak negara. Aplikasi berkenaan membenarkan pengguna Facebook menerima atau menghantar pesanan bertulis, membuat panggilan telefon dan juga video.

Setakat ini, aplikasi tersebut mempunyai kira-kira 1.3 bilion pengguna di seluruh dunia. Ia sekaligus menjadikan aplikasi Messenger berada di tangga keempat sebagai platform media sosial yang paling banyak digunakan.

Tuntutan berkenaan yang tidak dinyatakan jumlahnya dilapor telah ditarik balik selepas Hayward diarahkan membawa perkara tersebut ke mahkamah timbang tara. Namun peguamnya menegaskan Hayward tetap mempertahan dakwaan yang dibuatnya.

BACA: Tergamak Tinggal Bayi Di “Airport”, Kerana Enggan Beli Tiket Asing

Sumber: New York Post

Shafikah