Siakap Keli
rak baju longgar
Gambar: Tangkap layar video

Isteri Mengadu Rak Baju Senget, Lelaki Kreatif Cipta Alat Selesaikan Masalah Tak Sampai Sehari

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Isteri mengadu rak baju longgar, lelaki selesaikan masalah ‘mudah’ dengan mencipta alat sokongan menggunakan mesin pencetakan 3D tak sampai satu hari.

Kadang-kadang perkara yang dilihat sebagai ‘remeh’ itu yang akan sentiasa menghantui dan membuatkan diri merasa tidak tenang kerana asyik memikirkan mengenainya sepanjang masa.

Lebih rumit, apabila diri terlibat dengan masalah itu dalam kehidupan harian seperti kasut yang tidak disusun, penyapu patah, tingkap tidak mempunyai langsir, rak baju yang longgar dan sebagainya.

Perkara itu membuatkan diri tidak berasa selesa dengan keadaan tersebut dan mendorong untuk mencari penyelesaian dengan kadar segera.

Seperti pemuda bernama Ridzwan Mahazan yang mengambil inisiatif untuk menyelesaikan masalah simple yang dihadapi oleh isterinya di rumah dengan menggunakan teknik pencetakan 3D.

‘Rak baju longgar’

Dalam perkongsian Ridzwan di Twitter, dia mengatakan isterinya mengadu rak baju yang dimilikinya longgar dan berada dalam keadaan yang tidak kukuh.

Oleh hal yang demikian, apabila isterinya meletakkan baju dalam jumlah yang banyak di rak tersebut, ia menjadi tidak seimbang dan lama-kelamaan makin senget ke tepi.

Dengan adanya mesin pencetakan 3D, Ridzwan secara ligat memikirkan penyelesaian kepada masalah itu dengan mereka bentuk alat sokongan menggunakan gajet iPad.

Sebelum itu, Ridzwan menegaskan alat sokongan itu direka sendiri kerana baginya sukar untuk mencari dan mendapatkan saiz yang sama di kedai.

Baginya, lebih mudah untuk ukur, reka dan cetak sendiri kerana mempunyai peralatan yang diperlukan untuk membuatnya.

“Baru-baru ini isteri mengadu rak baju kami ini dia longgar. Letak baju sikit dia akan jadi lendut macam ini.

“Jadi nak buat satu support yang boleh pegang rak itu jadi kukuh sikit. Aku guna ipad untuk buat model 3D yang simple,” katanya dalam video itu.

Rekaan ambil masa 10 hingga 15 minit

Gambar: Tangkap layar video

Oleh kerana ia masalah yang mudah, rekaan itu boleh disiapkan dalam masa 10 hingga 15 minit sebelum menggunakan pencetakan 3D untuk mencetak.

Selepas bahagian reka bentuk siap, Ridzwan kemudiannya mencetak model itu.

“Selepas siap print, kena bersihkan alatan tersebut dan buang bahagian yang tidak diperlukan. Kemudian boleh dipasang di rak tersebut.

Gambar: Tangkap layar video

“Bagi saya hasilnya sangat memuaskan walaupun rupa tidak comel mana tapi rak itu jadi lebih kukuh berbanding sebelum ini,” ujar Ridzwan.

Tidak sampai satu hari, Ridzwan dapat menyelesaikan masalah ‘mudah’ di rumah dengan hanya menggunakan mesin pencetakan 3D.

Sumber: @RidzwanMahazan via Twitter

BACA: “Boleh Je Nak Beli Dekat Shopee, Tapi…” Lelaki Reka Pemegang Kad Touch n Go Sendiri Guna Cetakan 3D

Nurhanis

Sesuatu yang dilepaskan secara terpaksa, sakitnya tidak pernah sederhana