Siakap Keli
aplikasi mudah alih chatgpt
Gambar: LIONEL BONAVENTURE/AFP

OpenAI Dipercayai Bakal Lancar Aplikasi Mudah Alih ChatGPT

OpenAI Dipercayai Bakal Lancar Aplikasi Mudah Alih ChatGPT

OpenAI dipercayai bakal melancarkan ChatGPT dalam format aplikasi mudah alih tidak lama lagi, lapor portal Watcher Guru.

Seperti yang diketahui, chatbot itu kini hanya tersedia sebagai program komputer. Justeru, penggunaannya dalam aplikasi mudah alih dijangka akan dimantapkan lagi dengan peningkatan mutu interfaces.

Menurut sumber portal itu, Semafor, permintaan yang semakin meningkat dipercayai menjadi sebab OpenAI akan melancarkan aplikasi mudah alih ChatGPT itu.

Walaupun tarikh pelancaran itu belum diumumkan namun Semafor melaporkan bahawa aplikasi mudah alih itu adalah sebahagian daripada perkembangan terbaru syarikat itu.

Pelancaran aplikasi mudah alih itu juga dipercayai akan menjadi satu langkah yang besar buat syarikat itu kerana ia bukan sahaja menonjolkan ChatGPT, tetapi untuk pembangunan sistemnya.

Ia sekaligus memperlihatkan kesan terhadap cara program AI itu belajar dan bagaimana ia akan memberikan maklum balas.

Kemas kini Chat GPT-4

Dalam pada itu, laporan tersebut turut mendedahkan mengenai rancangan bagi kemas kini terbaharu Chat GPT-4.

Ia dikatakan berpotensi untuk digunakan dalam enjin carian Microsoft iaitu Bing dalam tempoh beberapa minggu akan datang. Hal ini sekaligus memberikan peluang cerah bagi Bing untuk bersaing dengan Google yang telah lama mendominasi carian enjin.

Laporan itu menyatakan bahawa perisian OpenAi terbaru tersebut bertindak balas lebih pantas daripada versi semasa.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif OpenAI, Sam Altman dalam temu bual baru-baru ini bagaimanapun enggan mengulas berhubung khabar angin itu, maklum Tech Monitor.

“Model itu tidak akan dikeluarkan sehingga syarikat memastikan ia benar-benar selamat digunakan.

“Selain itu, bot AI versi GPT-3 bakal disekat sebagai langkah untuk menghentikan kata-kata yang berbaur kebencian atau menyinggung perasaan.” katanya.

Tambahan lagi, ramai yang membuat spekulasi bahawa GPT-4 mempunyai 100 trilion parameter. Ia sekaligus menjadikan GPT-4 jauh lebih berkuasa berbanding model sebelumnya.

ChatGPT semakin popular dalam kalangan orang ramai selepas menampilkan kebolehan di luar jangkaan namun masih mempunyai batasan tertentu.

Terdahulu, Bot AI ChatGPT juga telah diluluskan dalam penggunaan Peperiksaan Pelesenan Perubatan di Amerika Syarikat (USMLE) baru-baru ini.

Difahamkan, sistem itu bertujuan untuk operasi pengurusan dan proses analisis soalan termasuk kajian kes. Tambahan lagi, ia juga dapat mengubah jawapannya sesuai dengan respon yang diberikan oleh manusia.

Penggunaan sistem itu dalam USMLE sebagai langkah dalam arah mengubah corak pendidikan di negara berkenaan.

BACA JUGA: Mampu Jawab ‘Semua’ Soalan Manusia, Kenali ChatGPT, AI Yang Diramal Bakal Ganti Google Nanti

Sumber: Watcher.Guru, Tech Monitor

Iqbal Yasir

Tengah stalk gambar sebelah ke tu?