Siakap Keli
Kredit Freepik

Larangan Alkohol Di Australia Dikuat Kuasa Semula Ekoran Peningkatan Jenayah

Larangan alkohol di Australia dikuat kuasa semula ekoran peningkatan jenayah

CANBERRA, 7 Feb (Bernama) — Larangan alkohol akan dikuat kuasa semula membabitkan komuniti orang asli di Australia sebagai tindak balas terhadap peningkatan kadar jenayah.

Perdana Menteri Australia Anthony Albanese dan Ketua Menteri Wilayah Utara (NT) Natasha Fyles pada Isnin mengesahkan bahawa ‘dry zone’ akan dikuat kuasa semula di bandar dan komuniti orang asli berhampiran Alice Springs, lapor Xinhua.

Baca: Boleh Jimat Masa, Ini Cara Nak Buat Umrah 3 Kali Tanpa “Apply” Cuti Panjang

Ia kembali dikuat kuasa kurang 12 bulan selepas larangan pengambilan alkohol ditamatkan pada Julai 2022, menjadikannya sah di beberapa kawasan buat kali pertama dalam tempoh 15 tahun.

Akibatnya, kadar keganasan didorong pengambilan alkohol telah melonjak di Alice Springs, memaksa Datuk Bandar Matt Paterson meminta sokongan Pasukan Pertahanan Australia (ADF).

Albanese melawat wilayah itu pada akhir Januari dan melancarkan semakan yang mengesyorkan larangan itu dikembalikan.

Di bawah undang-undang baharu yang akan diperkenalkan kepada sidang Parlimen NT pada Isnin, masyarakat setempat boleh memohon untuk menarik diri daripada larangan itu jika 60 peratus penduduk tidak menyokong keputusan berkenaan dan mereka mempunyai rancangan pengurusan alkohol.

Sumber: BERNAMA

Syed Faisal Sayed Muhammad

Kehidupan itu laksana tenunan yang bersambung menjadi kata- Hamka