Siakap Keli
lelaki beri makan anak kucing kepada ular
Kredit: Pexels

JPV Siasat Lelaki Dakwa Bagi Ular Makan Anak Kucing

JPV Siasat Lelaki Dakwa Bagi Ular Makan Anak Kucing

Baru-baru ini, seorang pengguna Twitter memuat naik satu tweet sedang mencari anak kucing untuk dijadikan makanan kepada ular peliharaannya.

Tweet berkenaan menjadi viral dan menerima banyak kecaman daripada warga maya. Rata-rata, turut mahukan pihak berkuasa campur tangan dan menyiasat perkara tersebut.

Susulan itu, Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV) mengesahkan pihaknya telah menerima aduan berhubung tindakan meragukan pengguna Twitter tersebut.

Ketua Pengarah JPV, Dr Akma Ngah Hamid, dalam ciapannya, memberitahu  pihaknya menerima aduan tersebut dan kes dipanjangkan ke Seksyen Kebajikan Haiwan.

“Saya ambil maklum. Aduan juga diterima melalui emel jabatan dan dipanjangkan ke Seksyen Kebajikan Haiwan. Sekiranya ada aduan melibatkan kebajikan haiwan, mohon membuat aduan terus melalui sistem MyAnimalWelfare,” katanya.

 

Tindakan meragukan lelaki tersebut pada mulanya dikongsikan menerusi tangkap layar di Twitter oleh menerusi akaun pengguna @vvnloll.

Terkejut lelaki dakwa bagi ular makan anak kucing

Dia terkejut apabila lelaki tersebut mendedahkan tips penjagaan haiwan reptilianya, terutama sekali berkenaan makanan yang diberikan kepada ular tersebut.

Lelaki berkenaan mendakwa mendapatkan kucing atau arnab secara percuma untuk dijadikan bekalan makanan kepada ular sawa Albino Ball peliharaannya.

Malah, lelaki tersebut turut berkongsi rasa terujanya setiap kali menyediakan ‘makanan’ untuk ular tersebut.

Rentetan ciapan lelaki itu yang sangat mengganggu, warganet mengutarakan pendapat masing-masing, terutamanya mereka yang memelihara kucing.

“Tak pasti mengenai undang-undang yang tepat tetapi tak silap saya untuk bela ular sebagai haiwan peliharaan memerlukan lesen. Mungkin warganet boleh buat aduan polis dengan kerjasama beberapa NGO yang berkaitan dengan haiwan,” kata pengguna Twitter, @alfiezik

“Sampai hatinya dia dengar anak kucing dan arnab menangis kena makan dan kena belit,” balas seorang lagi pengguna, @nadiyahsusinoo.

Seorang pengguna Twitter (@hrashidah3) juga memaklumkan, tindakan tersebut boleh dikenakan denda RM50,000 atau penjara untuk tempoh satu tahun atau kedua-duanya sekali jika didapati bersalah menzalimi haiwan.

BACA: Lelaki ‘Kokak’ Kepala Ular Sawa Peliharaan Kekasih Sampai Putus

Sumber: Dr Akma Ngah Hamid via Twitter

Nur Syahirah Zainoor Hisham

Everyone has their own perspective, there’s nothing strange about that - Thoma