Hanya Guna Air Fyer, Wanita Kongsi Resipi Bingka Tepung Beras
Siapa sahaja yang tidak menyukai kuih tradisional? Lebih-lebih lagi apabila menjelang Ramadan, pastinya akan menjadi rambang mata untuk memilih pelbagai aneka kuih sebagai juadah berbuka puasa.
Pada kali ini, kuih bingka atau bengkang tepung beras menjadi pilihan. Kuih ini adalah kuih tradisional yang sering menjadi idaman ramai, terutama sekali buat penggemar sajian lama.
Difahamkan, pada zaman dahulu proses untuk membuat kuih ini mengambil masa yang agak lama kerana terpaksa membakarnya menggunakan sabut kelapa.
Walaupun prosesnya memakan masa, namun keenakan yang ada pada kuih tersebut membuatkan ia menjadi bernilai. Kelazatan yang dirasai sememangnya mempunyai keistimewaan yang tiada tandingan.
Namun pada zaman yang semakin canggih ini, kuih bingka sepatutnya boleh siap dalam masa setengah jam sahaja! Bahan-bahan yang digunakan juga mudah didapati dan memerlukan hanya lima bahan.
Bagi penggemar kuih bingka, boleh ikuti resipi bingka tepung beras yang dikongsikan pengguna Eliza M. Salim dalam kumpulan Facebook Menu Kampung, sekiranya mahu mencuba di rumah.
Resipi bingka tepung beras

Pertama kali buat guna air fryer dan menjadi dengan jaya, sedap, lembut, lemak manis dan secukup rasa.
Pada yang ingin mencuba, saya guna resipi di bawah ini.
Bingka/bengkang beras versi Air Fryer – Simple dan sedap.
Bahan-bahan bingka tepung beras:
2 cawan tepung beras
3 sudu besar tepung jagung
3 1/2 cawan santan (saya guna 1 kotak santan kara untuk jadikan 3 1/2 santan+campur air)
1/2 cawan gula pasir (saya guna gula perang)
1/2 sudu kecil garam
Cara membuat bingka tepung beras:
Campur semua bahan dan masak atas api sampai likat. Sambil itu kacau-kacau dengan menggunakan api yang perlahan.
Kemudian, untuk persediaan, sapu loyang dengan minyak atau mentega. Seletah itu, tuang adunan dalam loyang.
Bakar guna air fryer dan tetapkan suhu kepada 180 selama 30 minit.
Siap! Sedia untuk dinikmati.
Biarkan betul-betul sejuk dahulu baru potong.
Sumber resipi dapat daripada Facebook dan kredit kepada empunya resipi.
Sumber: Eniza M. Salim via Facebook
BACA: Masak Sendiri Tapi Rasa Padu, Wanita Kongsi Resipi ‘Homemade’ Sardin