Siakap Keli
Tips makeup tahan lama
Kredit: Hello Doktor

Tips Makeup Tahan Lama & Tak Bercapuk, Ini Rahsia Akak-akak Kena Tahu

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Buat gadis-gadis di luar sana, mesti ramai yang belum tahu kan rupanya ada satu tips paling rahsia macam mana nak bagi makeup tahan lama.

Siapa saja yang tidak mahu muka nampak licin apabila sudah mengenakan alat solek, lebih-lebih lagi bagi individu yang mempunyai masalah kulit berminyak atau cepat berpeluh.

Sudah pasti anda jarang mengenakan ‘makeup‘ memandangkan hasilnya kelak tidak seperti yang anda inginkan misalnya ‘makeup‘ bercapuk, tidak sekata dan banyak lagi masalah.

Perkara ini bukan sahaja menjejaskan keyakinan diri berdepan dengan orang ramai tetapi juga mampu menyebabkan emosi anda berada dalam keadaan yang tidak stabil.

Mana tidaknya, beli alat solek mahal-mahal, tetapi sekali dipakai begitu pula hasilnya. Tetapi, jangan risau, perkongsian kali ini akan memberi fokus kepada anda, individu yang mempunyai masalah dalam memulakan ‘makeup‘.

Jadi, ikuti perkongsian daripada Hello Doktor untuk mengetahui dengan lebih lanjut apa yang anda perlu lakukan untuk mendapatkan hasil seperti yang anda inginkan.

Nak ‘Makeup’ Tahan Lama & Tak Bercapuk? Jom, Ikut Tips Ini, Barulah Flawless!

Tips makeup tahan lama
Kredit: Hello Doktor

Makeup senang tertanggal? Sedang mencari cara mekap yang betul dan tahan lama? Jika jawapan anda ya untuk kedua-dua soalan tersebut, anda berada di tempat yang betul! Kami ada banyak tips makeup untuk anda.

Sebenarnya, pemakaian makeup ada sainsnya yang tersendiri!

Dalam artikel kali ini, kami akan terangkan mengenai solekan dan bagaimana untuk pastikannya kekal lama.

Barulah makeup kekal cantik dan tidak bercapuk walaupun sudah berjam-jam lamanya!

Tips makeup tahan lama, tak bercapuk

Ada banyak faktor yang menentukan sama ada solekan anda boleh kekal lama atau tidak. Selain kualiti produk yang digunakan, cara aplikasinya juga perlulah betul.

Sekiranya anda baru hendak berjinak-jinak dengan makeup, pasti anda rasa keliru tentang produk yang perlu digunakan untuk memastikan makeup tahan lama.

Jom, ikuti 5 tips makeup tidak bercapuk dan tahan lama yang kami sediakan di bawah:

Kredit: Hello Doktor

1. Pastikan rutin penjagaan wajah lengkap

Sebelum memakai makeup, pastikan anda telahpun mencuci wajah, exfoliate dan juga memakai pelembap.

Bak kata jurusolek profesional – tips makeup tahan lama 70% datangnya daripada persediaan dan keadaan kulit muka sebelum disolek.

30% lagi barulah datang daripada aplikasi makeup itu sendiri! Jadi, penjagaan kulit wajah sangatlah penting.

Cuci muka 2 kali setiap hari. Jangan lupa pakai pelembap dan juga pelindung matahari. Jika boleh, lakukan exfoliation 2 kali seminggu.

Selain penggunaan pemilihan produk penjagaan kulit yang berkualiti, anda juga boleh makan secara sihat, minum banyak air dan dapatkan rawatan pakar sekiranya menghidap masalah kulit tertentu.

Tip: Rasa terlalu banyak langkah yang perlu dilakukan untuk menjaga wajah dengan sempurna? Tampal post it notes pada cermin supaya anda tidak terlupa!

BACA JUGA: Jurusolek “Makeup” Nenek 60 Tahun Jadi Seperti Anak Dara, Semua Kedutan Hilang

Tips makeup tahan lama 2: Gunakan primer

Pemakaian primer sebelum solekan sangat penting. Primer dapat membuatkan pori wajah nampak lebih kecil.

Selain itu, ia juga dapat membetulkan rona kulit tidak sekata dan memastikan permukaan kulit rata, sesuai untuk pemakaian makeup.

Tip: Anda boleh gunakan primer yang berbeza untuk serlahkan makeup pada kawasan wajah yang berlainan. Contohnya, gunakan primer mata untuk pastikan pembayang mata lebih jelas.

 

Tips makeup tahan lama 3: Pilih foundation yang betul

Selain membeli foundation yang berkualiti, pastikan warnanya juga sama dengan kulit wajah! Jika tidak, nampak bercapuk nanti!

Beli makeup juga satu pelaburan tau! Oleh sebab itu, elakkan membeli alat solek mengikut nafsu. Lakukan perbandingan dahulu sebelum membeli.

Jadi, pilih formulasi bebas minyak supaya ia tidak akan membuatkan makeup nampak bercapuk. Foundation jenis ini juga selalunya lebih ringan berbanding foundation lain.

Jika anda mempunyai kulit kering, cuba cari produk yang mempunyai asid hialuronik untuk pastikan wajah sentiasa hidrat.

Tips makeup tahan lama
Kredit: Hello Doktor

4. Pakai solekan dengan nipis tetapi berlapis-lapis

Rahsia makeup yang tahan lama bukanlah kuantiti yang banyak. Ia terletak pada teknik anda mengaplikasikan solekan tersebut.

Jika anda ingin memakai foundation, pastikan anda aplikasikan dengan nipis. Kemudian, tunggu ia kering terlebih dahulu jika ingin tambahkan lapisan kedua.

Akhiri pemakaian foundation dengan bedak. Pemakaian bedak dapat memastikan solekan tahan sepanjang hari.

5. Spray makeup tahan lama

Akhir sekali, jangan lupa gunakan spray makeup tahan lama!

Setting spray akan memastikan solekan anda tidak bergerak dan sukar tertanggal. Malah, ia akan membuatkan kulit tampak lebih glowing!

Elakkan menyentuh muka dengan tangan. Ada banyak kotoran, minyak dan juga bakteria yang melekat pada tangan kita.

Kalau nak elakkan jerawat, hindari pegang muka dengan tangan ya!

 

 

Gunakan alat solek dengan selamat

Ada banyak penyakit dan jangkitan yang boleh berlaku disebabkan makeup.

Sebagai langkah berjaga-jaga, ada beberapa tip untuk anda pastikan alat solek yang digunakan selamat dan tidak akan memudaratkan kesihatan.

  1. Pastikan anda baca dahulu cara penggunaan yang dicetak pada pembungkus.
  2. Basuh tangan sebelum makeup.
  3. Cuci berus dengan kerap untuk elakkan jangkitan.
  4. Jangan kongsi alat solek dengan orang lain.
  5. Jangan tambah apa-apa dalam produk solekan anda. Contohnya, elakkan tambah air dalam botol maskara atau foundation yang hampir habis.
  6. Bersihkan bekas makeup anda.
  7. Tutup makeup selepas guna.
  8. Jangan guna alat solek yang sudah tamat tempoh.
  9. Buang alat solek yang sudah bertukar bau dan warna.

 

Sumber: Hello Doktor

Florence Nuar