Siakap Keli
ular sawa batik atas siling
Kredit: Sinar Harian

Keluarga Temui Dua Ular Sawa Batik Di Atas Siling Rumah

Keluarga Temui Dua Ular Sawa Batik Di Atas Siling Rumah

Sebuah keluarga tidak menyangka rumah yang didiami selama ini merupakan tempat persembunyian dua ekor ular sawa batik di atas silingnya dalam kejadian di Bentong, Pahang.

Seperti yang dilaporkan Sinar Harian, dua ekor ular sawa batik itu dipercayai sedang mengawan di rumah keluarga itu kerana dijumpai serentak.

Dua ekor ular sawa batik itu ditemui selepas Som Salleh dan anak perempuannya berusia 26 tahun terdengar bunyi seakan benda jatuh di bilik sebelah, kira-kira 3 petang Ahad.

Som yang berusia 57 tahun itu berkata dia dan anaknya sedang berbincang untuk membeli siling baru kerana sebelum ini ia telah pecah sedikit.

Namun dia tidak menyangka akan menemukan dua ekor reptilia di atas siling rumahnya itu di Lorong Permai Chamang.

BACA: “Nak Makan Mana?” 5 Benda Kecil Boleh Punca Bergaduh, No 4 Tu Paling Tak Berbaloi Tapi Ramai Boleh ‘Relate’

“Menggigil juga dibuatnya sebab ternampak ekor ular sawa keluar dari atas siling yang sudah pecah. Ini kali pertama saya melihat ular sawa batik sebesar itu.

“Saya keluar dari rumah dan terus menghubungi Angkatan Pertahanan Awam (APM). Sebenarnya saya dan anak sedang berbincang di bilik sebelah, nak beli siling baru sebab ada yang sudah pecah sikit sebelum ini,” katanya memetik Sinar Harian pada Isnin.

Meskipun masih trauma, pesara hospital itu juga memanjatkan rasa syukur kerana tiada sebarang kejadian tidak diingini berlaku semasa anak-anaknya berada di bilik berkenaan.

“Nasib baik ketika kejadian, anak tidak tidur di bilik berkenaan. Jika tidak, tak tahu apa yang akan berlaku.

“Memang sebelum ini ada ular masuk kerana ada rumah terbiar berhampiran tapi haiwan itu keluar sendiri,” ujarnya.

APM datang jumpa ular sawa batik di atas siling

Dalam pada itu, Pegawai Pertahanan Awam Daerah Bentong, Leftenan (PA) Azizah Husain memaklumkan, dia memerlukan empat anggota bagi menangani situasi genting itu.

Jelas Azizah, pihaknya bergegas ke tempat kejadian dan menemui dua reptilia itu di siling rumah tersebut.

Difahamkan, panjang dua ekor ular sawa itu kira-kira hampir lima meter dan mempunyai berat sebanyak 32 kilogram (kg).

Manakala, seekor lagi beratnya mencecah 25 kg dan panjang lebih empat meter. Masa penangkapan bagi reptilia itu memerlukan kira-kira 50 minit menggunakan penjerut.

“Bagaimanapun, kedua-dua reptilia ini akan dilepaskan di tempat yang selamat.

“Kita juga ingin memesan supaya orang awam berhati-hati kerana musim panas akan hampir tiba menyebabkan ular akan mencari tempat yang lebih sejuk,” jelas beliau.

Sumber: Sinar Harian

BACA: Lelaki Ramal Gempa Bumi Kuat Bakal Landa Turkiye 3 Hari Sebelum Tragedi Benar-benar Berlaku

Nurhanis

Sesuatu yang dilepaskan secara terpaksa, sakitnya tidak pernah sederhana