Siakap Keli
mansuhkan pinjaman ptptn
Gambar: Kementerian Pendidikan Tinggi

Kerajaan Belum Bercadang Mansuhkan Pinjaman PTPTN Bersasar

Kerajaan Belum Bercadang Mansuhkan Pinjaman PTPTN Bersasar 

KUALA LUMPUR — Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) dalam satu kenyataan hari ini memaklumkan bahawa kerajaan masih belum bercadang untuk memansuhkan pinjaman PTPTN bersasar kepada golongan miskin dan isi rumah B40.

Menteri Pendidikan Tinggi (KPT) Dato’ Seri Mohamed Khaled Nordin berkata ia melibatkan seramai 1.84 juta peminjam dengan nilai pelupusan berjumlah RM 42.34 bilion.

Beliau berkata demikian selepas menjawab soalan daripada YB Tuan Wan Ahmad Fayhsal Wan Kamal (Machang) berhubung isu itu sewaktu sesi pertanyaan Menteri (MQT).

Kerajaan belum bercadang mansuhkan pinjaman PTPTN

“Namun, KPT sentiasa prihatin dan memberi perhatian kepada kebajikan para peminjam dengan memperkenalkan beberapa inisiatif seperti penangguhan bayaran balik sekiranya menyambung pengajian atau belum mendapat pekerjaan.

“Selain penjadualan semula bayaran balik mengikut kemampuan, pemberian diskaun bayaran balik dan tempoh penangguhan selama 12 bulan selepas graduasi,” katanya sewaktu menghadiri Mesyuarat Pertama Penggal Kedua Parlimen ke-15 pagi tadi.

Hal ini bagi memberi peluang kepada para peminjam untuk memperolehi pendapatan yang stabil sebelum membuat bayaran balik.

Dalam mesyuarat yang diadakan pagi tadi, turut hadir Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi, Dato’ Haji Mohammad Yusof Apdal.

BACA: Cara Mudah Nak Dapat Diskaun 10% Bayar Pinjaman PTPTN Setiap Bulan Korang Boleh Cuba

Terdahulu, Dato’ Seri Mohamed Khaled Nordin telah mempengerusikan Mesyuarat Tindakan Pembangunan Kementerian (MTPK) Bil 1/2023  di Putrajaya semalam.

Dalam mesyuarat tersebut, beliau bersama para jawatankuasa yang hadir membincangkan pelbagai perkara. Antara isu yang dibangkitkan berkenaan pembangunan di universiti-universiti awam, politeknik dan kolej komuniti.

Selain itu, beliau sewaktu hadir ke program bual bicara “Naratif Khas” terbitan RTM turut menjelaskan hala tuju Institusi Pengajian Tinggi Negara.

Khaled bersama hos, Sayed Munawar Sayed Mustar membincangkan topik “Pulih dan Perkukuh Pengajian Tinggi Negara”.

Ia antara halatuju KPT memperkasakan dunia pendidikan tinggi negara mendepani cabaran masa hadapan. Antara isu yang telah dikupas ialah berkenaan kuasa autonomi dan misi mencapai ranking.

BACA JUGA: Apa Akan Jadi Jika PTPTN Dimansuhkan, Ini Penjelasannya

Selain itu, keberkesanan kepimpinan di kalangan pentadbir dan lembaga pengarah Universiti, serta kebolehupayaan siswazah tempatan di arena global.

Tambahnya, usaha itu bagi mengemaskini dan menyelaraskan dasar-dasar sedia ada kementerian berdasarkan 11 azam baharu.

Perkara itu turut diumumkan dalam Majlis Amanat Tahun 2023.

Sumber: Kementerian Pendidikan Tinggi

Iqbal Yasir

Tengah stalk gambar sebelah ke tu?