Siakap Keli
Ronaldo beli bugatti
Gambar: The Sun

Bernilai RM63 Juta, Cristiano Ronaldo Beli Kereta Bugatti Paling “Rare” Di Dunia

Bernilai RM63 Juta, Cristiano Ronaldo Beli Kereta Bugatti Paling “Rare” Di Dunia

Bintang bola sepak terkemuka dunia, Cristiano Ronaldo dilapor memiliki sebuah ‘supercar’ baharu yang paling mahal di dunia iaitu Bugatti La Voiture Noire bernilai 12 juta pound sterling (RM63 juta) lapor The Sun.

La Voiture Noire adalah model yang paling terhad dan eksklusif antara kesemua model moden Bugatti dan hanya satu-satunya yang pernah dihasilkan.

Bugatti La Voiture Nore, yang berharga kira-kira 12 juta pound sterling pada masa itu merupakan kereta baharu paling mahal apabila ia diperkenalkan pada tahun 2019.

Baca: Terkenal Sebagai Kampung Jungkook & Jimin BTS, Rupanya Ini Yang Buat Ramai Tak Senang Duduk Bila Sebut Busan

Namun, kedudukan tersebut telah dirampas oleh kereta jenama Rolls-Royce Boat Tail pada tahun 2021.

Bugatti mengambil inspirasi daripada Type 57 SC Atlantic dalam reka bentuk La Voiture Noire.

“Penciptaan ‘La Voiture Noire’ jauh lebih daripada tafsiran moden tentang permainan video Gran Turismo,” kata syarikat pengeluar kereta itu.

“La Voiture Noire’ ialah penghormatan kepada sejarah Bugatti sendiri, manifesto estetika Bugatti dan dianggap ‘haute couture’ automotif”, jelasnya.

Bahagian perincian yang menarik adalah bermula di bahagian depan di mana terdapat rekaan yang khas dengan lampu depan LED dan bonet dengan beberapa lubang kecil.

Ronaldo beli Bugatti

Gambar: Golders/@Bugatti

Memetik The Sun lagi, bahagian yang paling menarik di La Voiture Noire ialah pada bahagian belakangnya.

Bampar ‘supercar’ tersebut tidak begitu kelihatan kerana ia disepadukan ke dalam reka bentuk kereta.

Selain itu, ia juga mempunyai enjin 8.0 liter quad-turbocharged W16 seperti Chiron, mengepam 1,479 hp dan 1,180 lb-ft (1,600 Nm).

Difahamkan bahawa kereta itu boleh mencapai 60mph (95 kilometer) dalam masa tiga saat sahaja.

Badan gentian karbon kereta tersebut dibuat dengan sangat berhati-hati menggunakan tangan.

Hal ini kerana, ia dikatakan mudah dilihat dari cara bahan bergabung menjadi sempurna.

Kereta hitam itu dihasilkan dalam warna hitam pekat dengan hanya sedikit warna krom untuk memecahkan kegelapan.

Pada hari lahirnya yang ke-35, pemain bola kelab Al-Nassr itu telah membeli Bugatti La Voiture Noire, lapor Sportmanors.

Ronaldo turut berkongsikan gambar di Instagram bersama supercar yang mempunyai huruf “CR7” itu.

Sumber: The Sun

Noorliyana Ishak