Siakap Keli
cara beza ayam disembelih
Kredit Twitter

Ada Kesan Lebam, Lelaki Kongsi Cara Nak Beza Ayam Telah Disembelih Atau Tidak

Ada Kesan Lebam, Lelaki Kongsi Cara Nak Beza Ayam Telah Disembelih Atau Tidak

Sebut sahaja berkenaan dengan ayam mentah pasti sudah terbayang bermacam-macam menu boleh dimasak menggunakan bahan tersebut.

Masakan yang menggunakan sumber protein ayam juga menjadi pilihan kanak-kanak khususnya.

Justeru bahan itu menjadi pilihan utama ibu bapa di dunia dalam menghidangkan menu sihat berasaskan sumber protein tersebut.

Bagi pengamal agama Islam, pemilihan ayam mentah ini adalah sangat penting kerana terdapat ayam yang dijual masih haram dimakan.

Ini kerana, ayam yang tidak disembelih mengikut syarak telah difatwakan sebagai haram dimakan.

Baca: Terkenal Sebagai Kampung Jungkook & Jimin BTS, Rupanya Ini Yang Buat Ramai Tak Senang Duduk Bila Sebut Busan

Di Malaysia, boleh dikatakan hampir semua ayam yang dijual di pasaran adalah halal. Namun di luar negara, khususnya di negara yang majoritinya adalah bukan Islam, ayam mereka sudah pastinya tidak disembelih mengikut syarak.

Tidak dinafikan, terdapat juga yang halal. Jadi, bagaimana untuk memastikan ayam tersebut telah disembelih mengikut syarak atau tidak?

Persoalan itu pasti akan timbul pada semua orang. Tahukah anda bahawa terdapat beberapa cara untuk memilih ayam sembelihan yang halal dan haram dimakan berdasarkan syariat Islam.

Tidak semua ayam yang disembelih dijual di pasar raya adalah halal dimakan. Terdapat juga ayam yang dijual sudah disembelih namun haram dimakan oleh kita umat Islam. Ini kerana kaedah penyembelihan yang digunakan tidak sah atau salah dalam syariat Islam.

Untuk mengetahui bagaimana kaedah pemilihan sembelihan yang betul tersebut ikut perkongsian pada hari ini.

Perkongsian video oleh @PisauKarat berkenaan kaedah pemilihan ayam sembelihan yang halal dalam syariat Islam telah dikongsi menerusi akaun Twitter miliknya.

Cara beza ayam disembelih

Berdasarkan video muat naik berdurasi 1 minit 57 saat itu telah menunjukkan perbezaan antara dua keadaan ayam selepas penyembelihan dilakukan.

Ayam yang tidak disembelih

Ayam yang mempunyai kesan merah, lebam dan hitam di bahagian dada atau bawah adalah merupakan hasil sembelihan yang dibuat selepas ayam itu mati. Ini bermaksud, ayam tadi sudah mati terlebih dahulu barulah ia disembelih.

Justeru hukum bagi sembelih itu adalah haram dan ia tidak mengikut syariat Islam.

Ayam yang disembelih

Manakala ayam dalam keadaan bersih dan putih tanpa sebarang lebam, ia telah disembelih dengan kaedah yang betul. Di mana ayam disembelih dalam keadaan hidup-hidup dan ia hanya akan mati jika sembelihan dibuat dengan cara yang betul.

Kita sebagai umat Islam haruslah peka berkenaan pengambilan barangan makanan yang halal. Kerana ia akan menjadi sebahagian daripada darah daging dalam badan kita.

Sumber: MuftiWP, Twitter

Syed Faisal Sayed Muhammad

Kehidupan itu laksana tenunan yang bersambung menjadi kata- Hamka