Siakap Keli
internet explorer windows 10
Kredit: BLOOMBERG NEWS

Internet Explorer Untuk Windows 10 Ditamatkan Secara Kekal

 Internet Explorer Untuk Windows 10 Ditamatkan Secara Kekal

Era Internet Explorer (IE) secara rasminya tamat apabila Microsoft menamatkan sokongan IE 11 untuk beberapa versi Windows 10. Penamatan tersebut dibuat menerusi satu pengumuman pada Selasa.

Menurut laporan USA Today, Microsoft sejak Jun lepas mula melencongkan mereka yang cuba membuka IE menggunakan Windows 10 ke enjin carian baharu mereka, Microsoft Edge.

Kini, semua peranti awam dan organisasi yang masih belum dilencongkan akan dilencongkan ke Microsoft Edge dalam kemas kini baharu bermula Selasa. Manakala pengguna tidak boleh mengundurkan semula kemas kini tersebut.

Microsoft juga berkata, beberapa rujukan visual IE 11 sepeti ikon pada Menu Permulaan juga akan dibuang bermula Jun 2023. Manakala beberapa versi awal Windows 10 akan melihat ikon IE 11 dibuang lebih awal, mungkin seawal Mei 2023.

Microsoft mengesahkan ia hanya akan menjejaskan Windows 10

Walau bagaimanapun, pengguna Windows 11 tidak perlu risau kerana proses ini tidak akan menjejaskan peranti anda. Ia hanya berlaku untuk pengguna Windows 10 sahaja.

Namun, beberapa pengecualian telah diberikan kepada beberapa versi Windows 10 antaranya kepada versi Saluran Servis Jangka Panjang (LTSC) atau Edisi Kerajaan China.

Tetapi, jika anda masih menggunakan Windows 7 atau 8.1, Microsoft mengatakan bahawa IE11 akan kekal diberi sokongan. Manakala Versi Edge 109 akan menjadi versi terakhir yang disokong.

Microsoft melancarkan IE hampir tiga dekad lalu, iaitu pada tahun 1995. Menurut ensiklopedia Britannica, terdapat 11 versi IE yang dilancarkan oleh Microsoft kepada pengguna dari tahun tersebut sehingga 2013.

Sebelum Internet Explorer pada Windows 10 ditamatkan

Untuk bertahun-tahun lamanya, IE menjadi enjin carian pilihan pengguna internet sebelum Mozilla Fire Fox dan Google Chrome muncul. Kemunculan kedua-dua enjin carian tersebut menyebabkan IE kehilangan pelanggan secara mendadak.

Manakala, Microsoft Edge pula dilancarkan pada 2015. Sejak itu, secara perlahan-lahan Microsoft mula mengurangkan sokongan kepada IE.

Microsoft Edge difahamkan turut disertakan dengan mode IE, yang membenarkan pengguna melayari laman web yang tidak disokong oleh enjin carian moden. Dalam kemas kini baharu yang dilepaskan pada Selasa mengesahkan mode IE dalam Mocrosoft Edge masih dikekalkan.

BACA: Tengku Zafrul Dilantik Ahli MKT UMNO Secara Rasmi

Sumber: Microsoft, lowyat.net

Shafikah