Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Budak Lelaki 2 Tahun Maut Dalam Kemalangan Lima Kenderaan

Iqbal Yasir
budak lelaki maut kemalangan
Gambar: JBPM

Budak Lelaki 2 Tahun Maut Dalam Kemalangan Lima Kenderaan

KOTA TINGGI — Seorang kanak-kanak berusia dua tahun maut manakala enam lagi cedera dalam satu nahas di Kilometer 57.2 Lebuhraya Senai-Desaru, Bandar Penawar melibatkan lima kenderaan semalam, lapor Astro Awani.

Komander Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Penawar, Penolong Kanan Penguasa Bomba Masri Ibrahim berkata, seramai 14 pegawai bomba dikerahkan ke lokasi kejadian selepas pihaknya menerima maklumat kira-kira pada jam 4.01 petang.

Budak lelaki maut kemalangan

Tambah Masri, mangsa yang meninggal dunia merupakan kanak-kanak lelaki berusia dua tahun selepas tersepit di dalam kenderaan. Manakala jumlah keseluruhan mangsa yang terlibat dalam nahas itu seramai 13 orang.

“Kemalangan jalan raya terbabit melibatkan kenderaan jenis Proton Persona, Honda CRZ, Perodua Myvi, Perodua Bezza dan sebuah kereta Honda Insight.

“Terdapat seorang mangsa tersepit di dalam kenderaan Proton Persona, manakala mangsa yang lain telah keluar sendiri sebelum Pasukan Keluaran Operasi (PKO) tiba di lokasi.

“Mangsa yang tersepit terpaksa dikeluarkan menggunakan alat penyelamat khas Stretcher dan Circular Saw.

“Kanak-kanak yang maut menaiki kenderaan Proton Persona, bersama seorang lelaki dan perempuan dewasa, berusia lingkungan 30-an yang turut dilaporkan cedera.

“Empat lagi perempuan dewasa yang menaiki kenderaan Honda Insight kesemuanya turut cedera,” jelasnya semalam dalam satu laporan.

BACA JUGA: Terlibat Kemalangan & Isteri Meninggal Dunia, Mangsa Rayu Orang Awam Kongsi Rakaman ‘Dash Cam’

Selain itu, dua orang wanita yang memandu kereta jenis Honda CRZ dan Perodua Bezza juga dilaporkan cedera dalam kemalangan itu.

Sehubungan itu, rawatan lanjut telah diberikan oleh pasukan perubatan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) terhadap semua mangsa.

“Mangsa yang meninggal dunia telah diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut,” maklumnya lagi.

Terdahulu, sepasang suami isteri dilaporkan maut manakala tiga anaknya cedera selepas kenderaan yang dinaiki mereka terbabas, lapor Sinar Harian.

Kejadian itu berlaku di kilometer 274 dekat susur keluar Plaza Tol Cheneh, Lebuhraya Pantai Timur 2 (LPT2) dua minggu lalu.

Kecederaan parah pada bahagian badan dipercayai punca kematian suami isteri terbabit yang dalam perjalanan pulang ke kampung halaman.

Pasangan tersebut juga dipercayai mengajar sebagai guru di Sekolah Menengah Agama Persekutuan Kajang (SMAPK).

Sumber: Astro Awani