Siakap Keli
manchester united tumpaskan leicester
Gambar: FB MU

Manchester United Terus Kebal, Tumpaskan Leicester 3-0

Manchester United Terus Kebal, Tumpaskan Leicester 3-0

Manchester United terus rakus mengukuhkan kedudukan tempat ketiga Liga Perdana (EPL) selepas mencatat kemenangan bergaya 3-0 ke atas Leicester United malam ini.

Perlawanan ke-24 EPL yang berlangsung di Old Trafford itu menyaksikan skuad Erik ten Hag menjaringkan gol pertama oleh penyerang sensasinya, Marcus Rashford pada minit ke-25.

Pada separuh masa kedua, gawang The Foxes sekali lagi dibolosi oleh sepakan padu Rashford pada minit ke-56.

Pada mulanya jaringan tersebut kebarangkalian dibatalkan ekoran posisi Rashford disangka dalam posisi offside.

Bagaimanapun semakan video bantuan pengadil (VAR) mendapati sebaliknya, sekaligus jaringan tersebut diiktiraf sebagai gol kedua United.

Kira-kira lima minit selepas itu, United terus garang mendominasi perlawanan apabila berjaya membuat jaringan ketiga menerusi Jadon Sancho pada minit ke-61.

Asakan demi asakan dibuat pemain Leicester bagi memastikan mereka dapat memintas United.

Bagaimanapun keputusan 3-0 kekal sehingga ke wisel penamat dibunyikan.

Kemenangan bergaya United pada malam ini memberikan tiga mata berharga, menjadikan Red Devils kini kekal menduduki tempat ketiga carta liga dengan mengumpul 49 mata.

Dalam masa sama, United kini semakin mengekori rapat pencabar terdekatnya, Manchester City dengan hanya perbezaan tiga mata.

Tidak kurang juga skuad Erik ten Hag semakin menekan pendahulu liga apabila kini hanya ketinggalan lima mata di belakang Arsenal.

Kedudukan United dalam carta liga buat masa ini juga dianggap agak selesa apabila berbeza tujuh mata dengan Tottenham Hotspur, 42 mata.

Minggu getir buat Manchester United

Selain itu, minggu ini merupakan tempoh waktu yang amat getir buat United apabila kelab itu perlu berdepan dengan beberapa perlawanan penting.

Bagi saingan Piala Liga Europa, United bakal menerima kunjungan Barcelona Jumaat ini dalam aksi timbal balik selepas mencatat keputusan seri 2-2 di Nou Camp baru-baru ini.

Tidak hanya itu, skuad Erik ten Hag perlu bersiap siaga bertemu Newcastle United dalam perlawanan peringkat akhir Piala Liga (EFL) pada Isnin depan.

BACA JUGA: Pembida Qatar Mungkin Pemilik Baru Man United

Nur Adnin

'Jilat luka, tampal parut jadi lencana'