Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Empat Nyaris Maut Selepas Kereta Terbakar Dalam Kemalangan

Nur Syahirah Zainoor Hisham
empat nyaris maut
Kredit: Jabatan Bomba dan Penyelamat

Empat Nyaris Maut Selepas Kereta Terbakar Dalam Kemalangan

Sebuah kereta jenis Perodua Axia dilaporkan terbakar selepas terlibat dalam kemalangan di Kilometer 3 Jambatan Pulau Pinang, berhampiran kawasan perusahaan Perai, awal pagi tadi.

Walau bagaimanapun, empat mangsa yang berada di dalam kenderaan itu berjaya diselamatkan dengan bantuan orang awam, kira-kira pukul 1 pagi tadi.

Memetik laporan Astro Awani, mangsa terdiri terdiri daripada tiga wanita dan seorang lelaki.

Menurut Penolong Pengarah Operasi Negeri, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pulau Pinang, Mohd. Hafiz Hafizal Timaradin, kemalangan berlaku membabitkan kenderaan tersebut dengan sebuah kereta jenis Mercedes Benz.

Empat nyaris maut

Pihaknya telah menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian berlaku pada pukul 1.08 pagi.

Tambahnya, operasi menyelamat mangsa telah disertai anggota bomba dan penyelamat dari Balai Bomba dan Penyelamat Perai.

Difahamkan, kebakaran tersebut dapat dikawal pada jam 1.19 pagi sebelum operasi ditamatkan sepenuhnya pada jam 2.20 pagi.

Kesemua mangsa yang mengalami cedera ringan dibawa ke Hospital Pulau Pinang (HPP) untuk mendapatkan rawatan lanjut.

BACA: Ini Rekod Dunia Bagi Pelukan Paling Banyak Dalam Masa Satu Minit

Sementara itu, dalam perkembangan lain, Ketua Operasi BBP Seri Balik Pulau Zaiful Arif Mat Ariffin berkata seorang wanita melecur 60 peratus akibat disambar api.

Hal ini susulan tong gas bocor dan meletup dalam kejadian di tingkat enam Flat Taman Sri Bayu, Jalan Kampung Bukit, Bayan Lepas pada hari ini.

Mangsa berumur 55 tahun tersebut dihantar ke Hospital Pulau Pinang (HPP) bagi mendapatkan rawatan lanjut, katanya memberitahu Bernama.

“Kami menerima panggilan kecemasan pada 9.18 pagi dan sebaik tiba di lokasi, mendapati berlaku letupan akibat kebocoran gas di unit rumah berkenaan. Mangsa melecur sehingga 60 peratus pada bahagian muka dan badannya,” katanya.

Beliau berkata, api tersebut berjaya dipadamkan penduduk di kawasan perumahan berkenaan sebelum pihak bomba tiba.

Insiden itu berlaku ketika mangsa, selaku penyewa bilik di rumah tersebut, menyalakan api tanpa menyedari tong gas tersebut mengalami kebocoran.

Sumber: Astro Awani