Siakap Keli
coin khas peniaga dobi
Gambar: BERNAMA

Guna “Coin” Khas Dibeli Di Shopee, Ibarat Menzalimi Peniaga Dobi

Guna “Coin” Khas Dibeli Di Shopee, Ibarat Menzalimi Peniaga Dobi

Kini, perniagaan dobi layan diri seperti cendawan tumbuh selepas hujan. Ini disebabkan faktor kebanyakan masyarakat kita yang sudah tidak memiliki masa yang cukup untuk membuat cucian pakaian secara harian.

Lebih berbaloi, mesin dobi di pusat dobi layan diri ini juga digandingkan bersama mesin-mesin pengering. Ini merupakan satu tarikan kepada pengguna, lagi-lagi yang tidak memiliki mesin pengering di rumah dan sedang berdepan dengan musim tengkujuh.

Namun, di sebalik kesenangan dan potensi yang dimiliki oleh pengusaha dobi layan diri ini, ada juga mahu mengambil kesempatan.

Coin khas peniaga dobi

Baru-baru ini tular mengenai coin atau syiling khas dobi yang dipercayai dijual secara dalam talian di laman Shopee.

Menerusi ciapan tular yang dimuat naik oleh seorang pengguna Twitter, Syed Akramin, coin dobi itu telah dijual dengan harga 28 sen sekeping.

BACA: 25,000 Botol Sambal Nyet Terjual Sehari, Khairul Aming Buat “Sales” Lebih RM 375k Sempena Shopee 11.11

Lebih mengejutkan, jumlah jualan coin dobi itu telah mencecah sebanyak 73,000.

Pengguna Twitter tersebut menyatakan kerisauannya terhadap pengusaha dobi kerana ia boleh mendatangkan kerugian kepada mereka.

Dalam pada itu, rata-rata netizen juga turut mencadangkan agar para pengusaha dobi mula menggunakan platform tanpa tunai (cashless) untuk mengelakkan unsur manipulasi dari para pengguna yang tidak bertanggungjawab.

 

Perkara ini turut meraih perhatian pihak Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM). Menerusi kenyataan di Facebook, mereka menyatakan kegusaran mengenai perkara tersebut.

“Memang kita nak jimat, tetapi kalau cara guna beli coin (syiling dobi) ini, hilang keberkatan dan menzalimi peniaga dobi…”

Status Facebook telah meraih 11k tanda suka dan 2k komen dari para pengguna Facebook, rata-rata bersetuju dengan kenyataan tersebut dan menyelar pihak yang tidak bertanggungjawab itu.

Bagaimanapun, hasil carian di platform Shopee mendapati bahawa pautan bagi jualan syiling itu sudah tiada.

BACA: Empat Nyaris Maut Selepas Kereta Terbakar Dalam Kemalangan

Sumber: @SyedAkramin via Twitter & PPIM via Facebook

Nur Syahirah Zainoor Hisham

Everyone has their own perspective, there’s nothing strange about that - Thoma