Siakap Keli
juventus guna lagu p.ramlee
Gambar: Tangkap layar video tular

“P. Ramlee Mesti Bangga”, Pemain Juventus Galak Menari Guna Lagu ‘Aiya Susanti’

“P. Ramlee Mesti Bangga”, Pemain Juventus Galak Menari Guna Lagu ‘Aiya Susanti’

Seperti yang diketahui, kelab bola sepak terutamanya di Eropah kerap menggunakan media sosial untuk berhubung dengan peminat. Misalnya, kandunga-kandungan berkenaan pemain mereka seringkali dikongsi untuk tatapan bersama dengan pengikut di seluruh dunia.

Salah satunya adalah kelab ketiga tertua di negara, Juventus yang sering memuat naik perkongsian menarik di Tiktok berkenaan momen-momen menarik dan lucu pemain-pemainnya.

Seperti yang kita tahu, untuk video yang dimuat naik di TikTok, ia boleh disertakan dengan audio-audio yang ada ditawarkan di platform berkenaan.

Jika sebelum ini, kita pernah melihat Manchester United menggunakan audio berbahasa Melayu untuk kandungannya, kali ini giliran Juventus pula mengikut jejak langkah yang sama.

Namun yang istimewanya, Juventus memilih latar lagu yang lebih klasik dan dilihat begitu ‘masuk’ dengan kandungan yang dimuat naik.

Juventus guna lagu P. Ramlee muat naik kandungan di Tiktok

Lagu yang Juventus guna merupakan sebuah karya agung seorang penggiat seni termashyur, Allahyarham Tan Sri P. Ramlee yang bertajuk Aiya Cik Siti yang didendangkan dalam filem Ali Baba.

Background sound yang dipakai dipercayai diambil dari cerita Upin dan Ipin kemudian di remix (campur semula) apabila dimasukkan dalam Tiktok.

Paling mengejutkan, apabila Juventus juga menulis kapsyen dalam bahasa Melayu yang menggaitkan tentang P. Ramlee, seolah-olah mengenali pelakon legenda itu.

“P.Ramlee mesti bangga kalau tengok ini,” sambil meletakkan tanda pagar (#) P.Ramlee di hatiku.

Video tersebut mendapat sebanyak 812,500 tontonan, 98,800 tanda suka, manakala seramai 1,668 yang meninggalkan komen dan 1,296 perkongsian setakat artikel ini ditulis.

Dalam video tersebut, pemain Juventus dilihat menunjukkan kemahiran menari apabila meraikan kemenangan semasa dalam perlawanan.

Gerakan yang ditunjukkan amat selaras dengan background sound itu, seakan-akan itu adalah tarian asal lagu terbabit.

Difahamkan, Juventus meraih kemenangan 2-0 ke atas Sepzia dalam Liga Europa pada Isnin lalu.

Warganet terhibur dakwa pemilik akaun dikendali orang Melayu

Rata-rata warganet terhibur dengan tarian yang ditunjukkan memandangkan lagu tersebut telah dicampur semula menjadi lebih rancak.

Rakaman klip video itu dibanjiri dengan masyakarat Melayu dan mendakwa pemilik Tiktok terbabit dikendalikan orang Malaysia.

 

@juventus P Ramlee mesti bangga kalau tengok ni #PRamleeDihatiku #Classic #Malaysian #Vibes #Juventus ♬ AIYA SUSANTI DRXML REMIX – DRXML

“Admin tiktok juventus dengan Manchester ini orang Malaysia ke?” kata netizen sambil meninggalkan emoji menangis tanda terhibur.

“Dia mari dengan P.Ramlee,” tambah wargamaya.

“Admin MU dengan Juventus ini adik beradik rasanya,” ujar warganet dengan meletakkan emoji ketawa.

“Terbaikla Malaysia, hari itu MU,” kata netizen.

Platform Tiktok bukan sahaja membantu dengan menyajikan ilmu dan pengetahuan, tetapi ia juga menolong menaikkan nama Malaysia.

Sumber: @Juventus via Tiktok

BACA: “Comeyy Garnacho,” TikTok Manchester United Guna ‘Sound’ Orang Malaysia

Nurhanis

Sesuatu yang dilepaskan secara terpaksa, sakitnya tidak pernah sederhana