Lelaki Lumpuh Dan Hampir Mati Gara-Gara Makan Kari Ayam
Seorang lelaki dilaporkan lumpuh dan nyaris mati selepas memakan kari ayam bhuna di sebuah restoran makanan India kegemarannya di London, lapor Daily Mail.
David Miller, 43, mengalami keracunan makanan yang teruk dan kemudiannya menyebabkan dia menghidapi Sindrom Guillian-Barré, penyakit autoimun yang jarang berlaku.
Bapa kepada dua anak itu berada di unit rawatan rapi kerana tidak dapat bernafas dengan baik serta menghabiskan masa berbulan-bulan di hospital untuk pulih.
David yang merupakan kontraktor web itu mula jatuh sakit pada 2016 dan kini telah memilih untuk bercakap mengenai penyembuhannya selama enam tahun.
“Ia agak menakutkan, jelas sekali kami tidak akan kembali ke restoran itu lagi,” kata David.
“Daripada mengalami kebas dan jarum dicucuk di tangan dan kaki, saya memerlukan kerusi roda untuk masuk ke hospital seminggu kemudian,” kata David lagi.
Menurutnya, sesetengah orang mati akibat sindrom ini, ia berfungsi dari bahagian hujung melalui teras dan boleh menghentikan pernafasan seseorang.
“Bayangkan melihat badan anda dan cuba untuk bergerak tetapi tidak boleh,” katanya.
Disyaki berpunca dari kari ayam
David yang kini tinggal di Welbourn. Lincolnshire, mengesyaki bahawa semuanya berpunca daripada keracunan makanan kari ayam.
Memetik Daily Mail, ia berlarutan selama seminggu dan menyebabkan David menderita gastroenteritis selama dua bulan.
Keracunan makanan dan sakit perut bermakna sistem imunnya terjejas, dakwa David.
Dia baru kembali bekerja pada bulan Disember setelah berpindah rumah dari London ke Lincoln pada bulan yang sama rasa kebas dan kesemutan bermula.
Sindrom Guillain-Barré
Seminggu kemudiannya, David didiagnosis dengan sindrom Guillain-Barré, keadaan yang jarang berlaku dan serius yang boleh membawa kepada masalah seumur hidup.
Difahamkan bahawa ia berlaku apabila sistem imun yang lemah mula menyerang sel sarafnya sendiri dan merosakkannya.
David dimasukkan ke hospital pada awal Januari 2017 dan dimasukkan ke dalam unit rawatan rapi selepas pernafasannya terjejas.
Memetik Daily Mail lagi, David mempunyai dua anak perempuan, Elise yang berusia tujuh tahun dan Eva, berusia tiga tahun.
Hampir Mati makan kari ayam
“Saya bimbang tentang pernafasan saya, saya dapat tahu bahawa saya tidak dapat bernafas dengan baik,” ujar David.
“Saya tidak pernah lumpuh sepenuhnya, saya masih mempunyai beberapa pergerakan di pinggul saya tetapi tidak cukup untuk berguling di atas katil,” ujarnya lagi.
Jelasnya lagi, dia masih ingat tidak dapat menonton bola sepak kerana kerosakan saraf telah menjejaskan mata dan keupayaannya untuk melihat dengan jelas.
Apabila David dikeluarkan dari hospital dua setengah bulan kemudian, dia masih menggunakan tongkat untuk bergerak dan memasang rel pegangan di sekeliling rumahnya.
Bagaimanapun, David telah pulih sepenuhnya tanpa sebarang kesan sampingan dan menggunakan kebolehan fizikalnya untuk berlari maraton London pada April ini.
Sumber: Daily Mail