Siakap Keli
running man dibubarkan
Kredit: Youtube

Rating Rendah, Running Man Perlu Bersedia Dibubarkan

Rating Rendah, Running Man Perlu Bersedia Dibubarkan

Running Man merupakan rancangan realiti televisyen Korea Selatan yang sangat popular di seluruh dunia, termasuk di Malaysia.

Rancangan ini menjadi mendapat sambutan dek kerana kelainan yang ditampilkan berbading program-program tv yang lain. Penonton juga amat terhibur apabila melihat gelagat lucu yang dipersembahkan oleh peserta tetap ketika memenuhi misi-misi yang ditetapkan.

Selain itu, rancangan ini turut menjemput artis K-pop, seperti pelakon, penyanyi dan sebagainya untuk menjadi tetamu bagi setiap episod.

Menariknya, setiap episod menampilkan cabaran-cabaran yang berlainan dan sudah semestinya, pelbagai ‘plot twist’ yang berlaku semasa melengkapkan cabaran tersebut.

Boleh dikatakan, rancangan yang mula bersiaran sejak 2010 itu menjadi acuan bagi banyak rancangan realiti tv negara berkenaan.

Namun, selepas ke udara lebih 13 tahun, rating dan sambutan mula menunjukkan penurunan. Apatah lagi, salah satu tonggak utama rancangan tersebut, Lee Kwang Soo mengundurkan diri beberapa tahun lepas. Lalu timbul persoalan, apakah nasib rancangan tersebut selepas ini?

Kerelevenan rancangan tersebut untuk bertahan lebih lama kini mula dipersoalkan. Malah, banyak rancangan-rancangan raliti tv baharu Korea Selatan menjadi lebih popular berbanding Running Man.

Faktor ahli Running Man yang semakin berusia juga menyukarkan penerbit menghasilkan kandungan yang menarik seperti di awal kemunculan mereka. Ramai yang mempertikaikan kandungan terkini Running Man tidak lagi agresif seperti tahun-tahun awal mereka.

Bintang Running Man fikir perlu ambil risiko bagi meraih sambutan dari peminat

Baru-baru ini, beberapa bintang ‘Running Man’ telah mengadakan perbincangan mengenai rancangan realiti hiburan tersebut.

Sesi perbincangan tersebut ditayangkan menerusi episod khas ‘ Ji Sukjin’s World’ menerusi laman Youtubenya. Dalam sesi tersebut, Ji Suk-jin dan Yoo Jae-suk secara panjang lebar berbincang masa depan Running Man.

Di awal video berkenaan, Suk-jin dan Jae-suk sepakat bahawa mereka berpuas hati dengan pencapaian ‘baik’ ditunjukkan Running Man pada awal tahun 2023.

“Kami bekerjasama untuk melakukan yang terbaik. Saya pernah berkata bahawa kita perlu mengambil risiko. Jika ia mendapat respon positif makan baiklah tapi jika tidak pun tak apa,” kata Jae Suk.

Suk-jin kemudian berpendapat, sekiranya risiko yang diambilnya tidak memberikan apa-apa hasil, mereka perlu menyalahkan diri masing-masing.

“Kita (Running Man) perlu bersedia untuk bungkus dan dibubarkan,” balas Jae-suk.

Ji Suk-jin bersetuju dengan respons dari rakan seperjuangannya dan berpendapat mereka perlu memastikan usaha mereka berjaya.

BACA: “Thank You For Memories,” Lee Kwang Soo Akhirnya ‘Berpisah’ Dengan Running Man Selepas 11 Tahun

Smber: Kimchi Daily & Youtube

Nur Syahirah Zainoor Hisham

Everyone has their own perspective, there’s nothing strange about that - Thoma