Siakap Keli
ahli parlimen pendang
Kredit: BERNAMA

Ahli Parlimen Pendang Direhatkan Dua Hari, Arah Speaker

Ahli Parlimen Pendang Direhatkan Dua Hari, Arah Speaker

Speaker Dewan Rakyat, Datuk Johari Abdul mengarahkan Ahli Parlimen Pendang, Datuk Awang Hashim keluar dewan selama dua hari kerana enggan mendengar arahan yang diberikan.

Tindakan tersebut dibuat selepas Awang dilihat menganggu sesi penggulungan Belanjawan 2023 yang dilakukan oleh Menteri Ekonomi Rafizi Ramli.

“Yang berhormat Pandan, minta mencelah…” kata Awang.

“Tidak boleh mencelah, saya nak habiskan ini (penggulungan Belanjawan),” ujar Rafizi.

Kemudian Awang terus mencelah dan ia menjadi tidak terkawal selepas Ahli Parlimen Pandan itu menggelarkan Awang sebagai Badut.

“Pendang kalau nak jadi badut, boleh cari menteri yang lain berucap, bukan masa saya. Saya ada benda yang penting saya nak sebut,” kata Rafizi Ramli.

Awang pada masa yang sama menggelarkan tuduhan Rafizi sebagai sangkaan jahat sebelum Johari mengarahkannya untuk berehat.

“Pendang saya arahkan Pendang untuk berehat selama dua hari. Out now.

“Saya dilihat tidak boleh mengawal dewan kerana rakyat nak dengar apa yang kita bincang,” tegas Johari.

Dalam pada itu, Ahli Parlimen Pengkalan Chepa menyifatkan tindakan Rafizi menyebut badut adalah tidak wajar dalam Parlimen.

“Tadi yang berhormat Pandan, ada sebut badut. Ini perkataan yang tidak layak diucapkan dalam Parlimen,” katanya.

BACA: Pengumuman Pelaburan Besar Digital Di Malaysia Dalam Masa Terdekat – Rafizi

Bagaimanapun, Rafizi menarik semula perkataan badut selepas diminta oleh Johari.

“Saya ada sebut badut, tapi berbanding dengan segala percakapan yang dihumbankan kepada kami (kerajaan) sepanjang ini, badut itu…” jelas Rafizi sebelum Johari memotong percakapannya.

“Tarik balik menteri,” kata Johari.

“Saya tarik balik Pendang sebagai badut,” ujar Rafizi.

Namun Awang terus mencetuskan kekecohan kerana tidak berpuas hati dengan Rafizi walaupun Ahli Parlimen Pandan itu telah menarik balik perkataan tersebut.

“Dia tak tarik pun, saya tidak dengar,” tambah Awang.

“Saya tarik balik Pendang badut dan Pendang bolehlah keluar,” kata Rafizi.

Awang terus menerus menyatakan rasa tidak puas hati dengan tindakan Rafizi yang menyuruhnya keluar kerana itu sepatutnya arahan daripada Yang Dipertua.

“Semua duduk diam, Pendang dengan segala hormatnya…saya minta awak keluar! Dua hari,” tengking Johari kepada Awang.

Sumber: Awani

Nurhanis

Sesuatu yang dilepaskan secara terpaksa, sakitnya tidak pernah sederhana