Siakap Keli
Ulama terkenal Indonesia
Kredit Instagram, YouTube

Ulama Terkenal Indonesia Meninggal Dunia Ketika Ceramah

Ulama Terkenal Indonesia Meninggal Dunia Ketika Ceramah

Seorang ulama terkemuka dari Kabupaten Jepara, Jawa Tengah, KH Ahmad Rofiq Malik dilapor meninggal dunia hari ini.

Memetik Detik.com, Allahyarham rebah dan meninggal dunia ketika hadir dalam satu majlis ilmu yang diadakan Jepara. Video yang merakam detik-detik pemergian tokoh ulama tempatan itu turut tersebar di media sosial termasuk dimuat naik di Instagram @blingohbershalawat.

Menurut muat naik tersebut, KH Ahmad Rofiq Malik meninggal dunia ketika memberikan tazkirah di pentas utama, sambil diapit tetamu lain.

Ulama terkenal Indonesia meninggal dunia ketika ceramah

“Innalillahi Wainna ilahi Rojiun. KH Ahmad Rofiq Malik semoga Husnul Khotimah, beliau meninggal dunia semasa sedang memberi tazkirah dan selawat. Ketika berada di Madrasah Salafiyyah Al Murtadlo Blingoh Donorojo, Jepara pada Rabu,” tulis muat naik kapsyen hantaran akaun Instagram tersebut.

Menerusi video berkenaan, Allahyarham pada awalnya kelihatan tenang sebelum tiba-tiba rebah, dipercayai sesak nafas.

Ketua PCNU Jepara, Tanfidziyah KH Charis Rochman telah mengesahkan berita kematian ulama tersebut.

BACA: Patutnya Kena Bayar RM22.40, Sekali Kat Kaunter Cashier Minta RM8 Ja

Meninggal pada Khamis lalu

Charis Rochman turut mengakui bahawa pemergian ulama tersebut merupakan satu kehilangan besar kepada Nahdatul Ulama. Allahyarham disifatkan sebagai seorang ulama yang baik dan bertanggungjawab. Malah, Allahyarham juga merupakan salah seorang tenaga pengajar di madrasah tersebut.

Kredit YouTube VIVA

“Kami amat merindui KH, seorang tokoh yang sangat diperlukan oleh masyarakat untuk berdakwah tentang agama Islam.

“Dia seorang yang baik, menyampaikan dan berdakwah tentang agama Islam. Dia juga menjaga madrasah. Dikenali sebagai orang yang baik dan juga sebagai tokoh yang bertanggungjawab dalam menyampaikan dakwahnya,” ujar Charis lagi.

BACA: Mas Ermieyati Mohon Maaf Dengan Amir Jahari, “Saya Akan Guna Lagu Nasyid”

Sumber: Detik.com

Syed Faisal Sayed Muhammad

Kehidupan itu laksana tenunan yang bersambung menjadi kata- Hamka