Siakap Keli
Rapper Costa Titch Meninggal Dunia
Kredit: The Mirror

Rebah Di Atas Pentas, Rapper Afrika Costa Titch Meninggal Dunia

Rebah Di Atas Pentas, Rapper Afrika Costa Titch Meninggal Dunia

Seorang penyanyi rap (rapper) di Afrika Selatan dilapor meninggal secara tragis apabila dia rebah di atas pentas di hadapan para peminatnya, memetik The Mirror.

Rapper tersebut,Costa Titch atau nama sebenarnya Constantinos Tsobanoglou, 28, dipercayai tidak sedarkan diri semasa membuat persembahan Festival Muzik Ultra pada 11 Mac.

Susulan insiden itu, Costa dikejarkan ke hospital, bagaimanapun malangnya dia disahkan meninggal dunia selepas itu.

Dalam pada masa yang sama, ahli keluarganya mengesahkan berita kematiannya dan mengucapkan terima kasih kepada petugas kecemasan.

Bahkan tidak dilupakan juga kepada para peminatnya yang hadir menyaksikan persembahan terakhirnya.

Ahli keluarganya dalam satu akaun media sosial, Instagram berkongsi tentang berita sedih itu.

Rapper Costa Titch Meninggal Dunia
Kredit: The Mirror

Terima kasih atas sokongan… –Keluarga Tsobanoglou

“Kematian secara tragis. ‘Mengambil’ anak lelaki, abang dan cucu kesayangan kami Constantinos Tsobanoglou (28), yang dicintai dan terkenal di Afrika Selatan dengan nama seninya, Costa Titch.

“Dengan rasa sedih yang teramat, kami terpaksa merelakan pemergiannya ketika ini. Kami berterima kasih atas petugas dan semua yang hadir pada saat-saat terakhirnya di bumi ini.

BACA JUGA: Dua Lelaki Dilapor Cedera, Bergaduh Rebut Isteri Orang

Sebagai sebuah keluarga, kami berdepan dengan masa yang sukar ketika kami cuba memahami apa yang sedang berlaku.

“Hal tersebut menyebabkan kami meminta diberi ruang dan masa untuk mengumpulkan kekuatan diri.

“Keluarga Tsobanoglou mengucapkan terima kasih atas sokongan yang telah anda berikan kepada anak kami. Semoga anda terus menaikkan semangatnya. Tolong doakan kami dan pujilah Tuhan,” kapsyen yang ditinggalkannya.

Rapper Costa Titch Meninggal Dunia
Kredit: The Mirror

‘Berehat dengan tenang’

Tidak ketinggalan juga para peminat yang merasai kehilangannya. Rata-rata meninggalkan komen yang mendoakan kepergiannya dan ketabahan keluarganya.

“Terkejut, sedih! Terima kasih kerana menjadi sebahagian daripada impian saya bertukar menjadi kenyataan.

“Keluarga @ampedafrica mengucapkan takziah kepada salah seorang daripada #Ampedbassadors. Berehat dengan tenang, brother, tulis seorang individu.

“Bintang akan terus bersinar walaupun dalam kenangan. Di hati (para peminat) dan di langit, anda akan hidup selama-lamanya. Takziah kepada orang tersayang, rakan, keluarga dan Geng Titch,” kata peminatnya.

“Saya telah menemui ‘abang’ yang penuh dengan bakat ini hanya beberapa bulan yang lalu dan sekarang dia telah tiada. Ini menyakitkan dan menyesakkan!” tulis seorang individu lagi.

 

Sumber: The Mirror

Florence Nuar