Siakap Keli
mabuk pandu kereta
Gambar: Oddity Central

Enggan Anak Mabuk Pandu Kereta, Ayah Pecahkan Cermin, Pancitkan Tayar

Enggan Anak Mabuk Pandu Kereta, Ayah Pecahkan Cermin, Pancitkan Tayar

Seorang ayah di Sepanyol tekad memecahkan cermin tingkap dan memancitkan tayar kereta ekoran enggan anaknya memandu dalam keadaan mabuk, baru-baru ini.

Bapanya, 60, bertindak sedemikian untuk mengelakkan anak lelakinya memandu kereta BMW miliknya dalam keadaan mabuk yang berkemungkinan boleh menyebabkan kemalangan.

Difahamkan, pihak polis awalnya menerima panggilan mengenai seorang lelaki yang dilihat merosakkan kenderaaan yang diletakkan di tempat awam di lokasi kejadian, Logroño.

Susulan itu, seperti dilapor Oddity Central, pihak polis terus berkejar ke lokasi kejadian dan mendapati sebuah van putih bertindak untuk melarikan diri.

Bagaimanapun tindakan itu gagal kerana mereka sempat ditahan polis.

Difahamkan dalam van tersebut, terdapat seorang lelaki tua dan penumpang muda yang kelihatan mabuk.

Hasil siasatan awal mendapati kedua-dua mereka sebenarnya adalah satu keluarga iaitu ayah dan anak.

BACA JUGA: Wanita ‘Unboxing Lipas’ Buat Stok Makanan Haiwan Raih Perhatian Ramai

Ayah pecahkan cermin, pancitkan tayar kereta elak anak mabuk pandu

Menurut laporan, bapanya cuba meyakinkan anaknya, 32 tahun supaya tidak memandu dalam keadaan mabuk namun tidak berjaya.

Berikutan takut anaknya boleh menyebabkan kemalangan serius, dia tidak mempunyai pilihan selain memastikan anaknya tidak mempunyai kereta untuk dipandu.

Memetik Oddity Central lagi, selepas pertengkaran ganas itu, bapanya lantas mendapatkan kapak dan mula memecahkan tingkap BMW lalu menebuk tayarnya dengan besi.

Selepas berjaya merosakkannya, pasangan (bapa dan anak) itu lantas menaiki sebuah van dan ingin memecut apabila terdengar siren kereta polis namun sempat ditahan.

Pengorbanan seorang ayah

“Peristiwa itu berlaku pada awal pagi Ahad lalu apabila penduduk tempatan melaporkan bahawa lelaki dengan kapak telah memusnahkan kenderaan BMW,” kata pihak polis.

Bagaimanapun, hasil siasatan tidak jelas sama ada kedua-duanya menerima hukuman ataupun tidak kerana kes itu dipertimbangkan sebagai ‘vandalisme’.

Dapat dilihat daripada insiden itu yang memaparkan kasih sayang bapa kepada anaknya dengan cara yang luar biasa.

Hal ini kerana dia sanggup memecahkan kereta yang umum ketahui harganya tinggi semata-mata mahu memastikan keselamatan anaknya terjamin.

Sumber: Oddity Central

Florence Nuar