Siakap Keli
Pengasas 7-Eleven meninggal dunia

Pengasas 7-Eleven Masatoshi Ito Meninggal Dunia

Pengasas 7-Eleven, Masatoshi Ito Meninggal Dunia

Jutawan Jepun, Masatoshi Ito, yang menjadikan kedai serbaneka 7-Eleven sebagai empayar perniagaan global, telah meninggal dunia pada usia 98 tahun, lapor BBC.

Dalam satu kenyataan dari pengendali Seven & i Holdings berkata, Mr Ito meninggal dunia pada Jumaat lepas akibat sakit tua.

“Kami ingin merakamkan ucapan terima kasih yang tulus kepada beliau atas kebaikannya sepanjang hayatnya,” kata syarikat itu.

Terdapat lebih daripada 83,000 kedai 7-Eleven di seluruh dunia, dengan satu perempat daripadanya terletak di Jepun.

Baca: Bayar RM1 Pun ‘Rider’ Hantar, Ni Cara Nak Dapat Cas ‘Delivery’ Paling Rendah Bila Pesan Makanan

Pada tahun 1956, Mr Ito mengambil alih perniagaan kedai pakaian kecil Tokyo yang telah dijalankan oleh bapa saudaranya.

Pengasas 7-Eleven meninggal dunia

Mr Ito kemudiannya menamakannya Ito-Yokado dan menukar perniagaan tersebut menjadi rangkaian kedai yang menjual bermacam-macam produk daripada barangan runcit hingga pakaian pada tahun 1972.

Pada masa yang sama, seorang eksekutif di Ito-Yokado, Toshifumi Suzuki, melihat kedai 7-Eleven semasa lawatan ke Amerika Syarikat (AS).

Ito-Yokado menjalin perjanjian dengan pemilik 7-Eleven, Southland Corporation yang berpangkalan di AS dan membuka 7-Eleven pertama di Jepun pada 1974.

Syarikat Mr Ito berpindah untuk memperoleh pegangan kawalan dalam Southland Corporation pada Mac 1990.

“Saya sering ditanya sama ada saya berjaya kerana kerja keras atau kerana saya hanya bernasib baik. Sebenarnya jawapannya adalah sebahagian daripada kedua-duanya,” kata Mr Ito dalam satu temu bual.

“Saya bernasib baik kerana memulakan perniagaan sejurus selepas perang iaitu pada masa yang sama ketika masyarakat pengguna mula berkembang di Jepun,” katanya.

Pada tahun 1992, Mr Ito meletakkan jawatannya di Ito-Yokado atas dakwaan pembayaran haram yang dibuat oleh tiga eksekutif kepada samseng yakuza untuk menjaga ketenteraman di mesyuarat pemegang saham.

Syarikat Ito-Yokado telah dinamakan semula sebagai Seven & i Holdings pada tahun 2005.

‘i’ dalam syarikat itu adalah tanda terima kasih kepada Ito-Yokado dan Mr Ito, yang merupakan pengerusi kehormat syarikat itu.

Difahamkan bahawa Mr Ito juga menjalinkan persahabatannya dengan guru pengurusan Austria-Amerika, Peter Drucker.

“Pada tahun-tahun awal hubungannya dengan Dr Drucker, kedua-duanya akan bertemu di Amerika atau Jepun dan berbincang mengenai ekonomi dunia, ekonomi Jepun serta hala tuju yang sepatutnya dirancang oleh Mr Ito,” menurut Drucker School of Management.

Prof Drucker memanggil Mr Ito sebagai salah seorang usahawan dan ahli perniagaan yang cemerlang di dunia.

Sumber: BBC

Noorliyana Ishak