Siakap Keli
robot peguam pertama dunia disaman tiada ijazah
Kredit: Bernama

‘Robot’ Peguam Didakwa Tiada Kelulusan Undang-undang

‘Robot’ Peguam Didakwa Tiada Kelulusan Undang-undang

Sebuah ‘robot’ peguam baru-baru ini dituduh menjalankan amalan guaman tanpa kelulusan undang-undang yang sah. Tuduhan itu timbul ketika robot itu bakal mencipta sejarah memberi nasihat kepada defendan di dalam mahkamah menggunakan kecerdasan buatan (AI) buat pertama kali.

Aplikasi AI berkenaan yang dikenali sebagai DoNotPay itu berdepan pertuduhan yang difailkan oleh firma undang-undang Amerika syarikat, Edelson.

Menurut pertuduhan tersebut, Edelseon mendakwa DoNotPay ‘menyamar sebagai pengamal undang-undang yang sah’.

DoNotPay adalah aplikasi yang memiliki paparan antara muka pengguna (UI)  seakan-akan chatbot. Ia membolehkan pengguna menjana maklumat berkaitan undang-undang dan diguna untuk menentang syarikat-syarikat besar di mahkamah.

Namun begitu, Edelson mendakwa perkhidmatan yang ditawarkan oleh DoNotPay adalah menyalahi undang-undang. DoNotPay juga didakwa tidak memiliki dokumen perakuan perundangan standard.

”Malang buat para pelanggannya, DoNotPay bukanlah robot, peguam mahupun firma undang-undang yang sebenar. Ia tidak memiliki sebarang ijazah undang-undang, tidak terhalang daripada mana-mana bidang kuasa dan tidak dipantau oleh mana-mana peguam,” kata Edelson.

Sungguhpun begitu, Jonathan Faridian yang mewakili Edelson dalam mefailkan tuduhan ke atas DoNotPay itu mengakui turut pernah menggunakan AI berkenaan.

Antaranya bagi menyediakan draf aduan berkenaan diskriminasi, perfailan untuk tuntutan kecil dan beberapa dokumen perundangan yang lain.

Katanya, dia ketika itu percaya bahawa segala dokumen dan perkhidmatan yang disediakan DoNotPay sama taraf dengan apa yang ditawarkan oleh peguam yang kompeten.

Malangnya, beliau mendakwa tidak menerima perkhidmatan yang sedemikian rupa daripada aplikasi berkenaan.

”DoNotPay tertinggal satu perkara penting. Menyediakan perkhidmatan perundangan kepada khalayak tanpa kelayakan sebagai seorang peguam atau dipantau oleh peguam adalah tidak bertauliah dan berbahaya.

”Ia turut memberikan kesan yang ketara bagi para pelanggan yang terkesan daripada perkhimatan ini,” katanya.

Fardian turut mengemukakan testimoni dari pegguna DoNotPay yang lain

”Seorang pelanggan telah menghantar ulasan secara atas talian berkenaan perkhidmatan DoNotPay bagi saman tiket parkirnya. Berdasarkan ulasannya, nilai denda meningkat kerana aplikasi tersebut gagal memberikan maklumat yang tepat.

”Disebabkan itu, pengguna tersebut telah membatalkan langganannya. Walau bagaimanapn, aplikasi tersebut masih terus mengenakan yuran langganan terhadap individu terbabit,” kata Fardian lagi.

Fardian juga mendakwa bahawa pengasas aplikasi tersebut, Joshua Browder bukan seorang peguam yang sebenar.

Dalam pada itu, laman DoNotPay masih merujuk diri mereka sebagai “Robot Peguam Pertama Dunia” dan terus menawarkan perkhidmatan perundangan kepada orang ramai.

Sebagai balasan, pengasas aplikasi berkenaan, Joshua Browder membuat ciapan yang mengatakan dakwaan tersebut tidak memiliki apa-apa merit.

Tambahnya lagi, DoNotPay tidak akan dibiar ‘dibuli oleh peguam terkaya di Amerika’, merujuk kepada Jay Edelson yang mengasaskan firma terbabit.

Untuk makluman, bekas penuntut Stanford University, Joshua Browder telah mengasaskan DoNotPay pada 2015. Pada awal penubuhannnya, ia lebih memfokuskan terhadap servis rayuan untuk saman tiket parkir di UK.

Sejak itu, syarikat tersebut telah berkembang ke Amerika dan memberikan pelbagai perkhidmatan dalam beberapa perkara. Antaranya seperti tuntutan penangguhan penerbangan, hak di tempat kerja dan dakwaan iklan yang mengelirukan.

BACA: Amerika Dakwa Jet Pejuang Rusia Punca Dron Miliknya Terhempas

Sumber: Daily Mail

Nur Syahirah Zainoor Hisham

Everyone has their own perspective, there’s nothing strange about that - Thoma