Siakap Keli
11 terbunuh lombong arang batu
Gambar: AFP

Lombong Arang Batu Meletup, 11 Orang Terkorban Setakat Ini

Lombong Arang Batu Meletup, 11 Orang Terkorban Setakat Ini

COLOMBIA — Seramai 11 orang dilaporkan terbunuh manakala 10 lagi masih terperangkap dalam satu letupan lombong arang batu di Sutatausa semalam.

Ketua Jabatan Cundinamarca, Nicolas Garcia berkata kepada Blu Radio letupan itu berpunca daripada percikan api dari alat seorang pekerja.

Berikutan itu, pasukan penyelamat telah dikerahkan ke lokasi kejadian untuk mencari mangsa yang masih terperangkap, lapor AFP.

“Lebih 100 anggota terlibat dalam operasi mencari dan menyelamat (SAR) itu. Kesemua mereka dipercayai terperangkap pada kedalaman sekitar 900 meter (2,950 kaki) di bawah tanah.

“Namun, operasi itu turut berdepan kesukaran. Setiap minit yang berlalu bermakna semakin kurang oksigen” katanya.

Gambar: AFP

Tragedi itu turut mendapat perhatian Presiden Colombia, Gustavo Petro yang menzahirkan kesedihannya di Twitter.

“Kami dengan kerjasama kerajaan wilayah Cundinamarc sedang bertungkus-lumus menyelamatkan mangsa yang masih hidup,” katanya.

BACA: 4 Maut, 23 Termasuk Bayi 4 Bulan Cedera Dalam Kejadian Letupan Mercun

Dalam pada itu, Agensi Perlombongan Nasional (ANM) dalam satu kenyataan di Twitter melaporkan dua orang mangsa telah berjaya dibawa keluar dengan selamat.

“Kami menyatakan rasa simpati dengan apa yang berlaku. Kami berjanji dan berpegang dengan solidariti terhadap ahli keluarga tragedi berkenaan,” jelas ANM dalam kenyataan tersebut.

Tambahan lagi, ahli keluarga tragedi itu turut dilihat berada di tempat kejadian sambil menunggu anggota bomba dan penyelamat membawa keluar mangsa.

11 terbunuh lombong arang batu
Gambar: AFP

Untuk makluman, Colombia merupakan negara eskport utama bagi minyak dan arang batu. Oleh hal demikian, kemalangan berkaitan aktiviti perlombongan kerap kali terjadi terutamanya di kawasan haram.

Terdahulu, sembilan orang pelombong telah diselamatkan dari lombong arang batu haram yang runtuh di wilayah sama pada Ogos lalu.

Manakala pada bulan Jun, seramai 15 orang dilaporkan terkorban dalam runtuhan lombong arang batu di kawasan perbandaran Zulia (berhampiran sempadan Venezuela). Kejadian itu juga dipercayai berlaku oleh letupan gas terkumpul.

Pada 2021, negara berkenaan mencatatkan 148 kematian akibat aktiviti perlombongan.

BACA JUGA: “Kerja Takkan Habis,” Susah Nak Faham Penat Suri rumah, Ini Cara Nak Hargai ‘Bidadari’ Di Rumah Korang

Sumber: AFP via Barrons

Iqbal Yasir

Tengah stalk gambar sebelah ke tu?