Siakap Keli
liverpool tersingkir ucl
Kredit: Eurosport

Tersingkir UCL, Klopp Mengaku Liverpool Tak ‘Perform’

Tersingkir UCL, Klopp Mengaku Liverpool Tak ‘Perform’

Pengurus Liverpool, Jurgen Klopp mengaku pasukan kendaliannya itu tidak mempamerkan aksi terbaik ketika menentang Real Madrid dalam saingan Liga Juara-Juara (UCL), semalam.

Jaringan tunggal daripada penyerang Madrid, Karim Benzema pada minit ke-78 telah memberikan kemenangan tipis 1-0 kepada tuan rumah di Stadium Santiago Bernabeu.

Kemenangan itu sekali gus menyebabkan Real Madrid mara ke peringkat suku akhir dengan agregat 6-2 selepas The Reds ditewaskan 5-2 pada perlawanan pertama di Anfield, 22 Februari lalu.

Klopp Mengaku Liverpool Tak Perform
Kredit: Eurosport

“Memang benar. Kami datang ke sini dengan ‘jurang’ yang kami ada iaitu perbezaan tiga gol, justeru, kami memerlukan aksi yang luar biasa untuk itu.

“Malangnya, kami tidak menunjukkan sebarang persembahan menarik pada malam ini,” kata Klopp.

BACA JUGA: Liverpool Kalah Di Anfield, Mudah ‘Diratah’ Real Madrid

Tambahnya, walaupun dasarnya ia adalah perlawanan yang baik, namun tidak dinafikan bahawa Real Madrid dilihat banyak menguasai bola malah, mereka mempunyai banyak peluang (menjaringkan gol).

“Ali (penjaga gol, Alisson Becker) terpaksa melakukan dua penyelamatan sensasi untuk mengekalkan kami dalam permainan dan itulah sebabnya (kami kalah).

“Jika anda mahu lulus, anda perlu cemerlang. Jika anda mahu memenangi perlawanan, anda perlu benar-benar menyerlah. Madrid adalah pasukan yang lebih baiik dan itulah sebabnya pasukan yang tepat akan mara ke pusingan seterusnya,” jelasnya.

Formasi permainan The Reds

Klopp bermain dengan formasi 4-2-3-1 dalam percubaan untuk mencari gol tetapi melakukan perubahan sejurus selepas rehat apabila Darwin Nunez dikeluarkan.

Klopp Mengaku Liverpool Tak Perform
Kredit: Eurosport

Tidak hanya Nunez, Diogo Jota juga dikeluarkan walaupun kedua-duanya mempunyai dua peluang terbaik (jaringkan gol) pada separuh masa pertama.

“Bagi Diogo, jelas dia tidak sepatutnya bermain terlalu lama kerana dia baru sahaja kembali sembuh dari kecederaan yang panjang. Anda boleh melihat permainan menjadi lebih sukar untuknya.

“Dia (Diogo) melakukan beberapa kesalahan kerana dia datang lewat, jadi tiada risiko untuknya.

“Malah, Darwin kelihatan seperti tidak berada di tempat sepatutnya (penyerang), sebab itulah kami melakukan perubahan dan mencampuradukkan sedikit (pemain), tambahnya.

BACA JUGA: Padah Panjat Stadium Anfield Untuk Tonton Liverpool vs Real Madrid, Tiga Penyokong Ditahan

Sementara itu pengurus Real Madrid, Carlo Ancelotti terus mengatasi Klopp  dalam UCL selepas menewaskan pasukan itu pada akhir musim lalu dan dikatakan berpuas hati dengan prestasi pasukan kendaliannya itu.

Malah, dengan adanya Vinicius Jr, pemain terbaik di dunia ketika ini memberikan pertahanan The Reds, Trent Alexander-Arnold satu lagi malam sukar iaitu dengan menggelecek melepasinya enam kali.

“Dia (pemain terbaik di dunia). Dia penting kerana dia membantu (gol Benzema) dan setiap kali dia menyentuh bola, itu adalah peluang,” kata Ancelotti.

Sumber: This Is Anfield

Florence Nuar