Siakap Keli
Letupan lombong arang batu colombia
Kredit Daily Mail

21 Maut, Sembilan Lagi Cedera Dalam Tragedi Letupan Lombong Arang Batu Di Colombia

21 Maut, Sembilan Lagi Cedera Dalam Tragedi Letupan Lombong Arang Batu Di Colombia

Sekurang-kurangnya 21 pelombong dilapor maut manakala sembilan yang lain cedera dalam kejadian letupan lombong arang batu di Colombia, lapor Daily Mail.

Operasi menyelamat di lombong arang batu di tengah Colombia yang runtuh awal minggu ini telah berakhir pada Khamis dan menyebabkan 21 pelombong maut.

Lombong berhampiran bandar Sutatausa itu dilapor runtuh pada lewat Selasa berikutan letupan yang menghalang beberapa pintu masuknya.

Pasukan penyelamat bekerja tanpa henti selama lebih daripada 30 jam untuk mencari mangsa yang terselamat dan membawa keluar mayat.

Nicolas Garcia, gabenor wilayah Cundinamarca berkata, sembilan pekerja yang terselamat dalam kejadian itu telah keluar dari hospital.

Sementara itu, ahli keluarga mangsa yang terkorban sedang menerima sokongan psikologi.

Pegawai berkata, semua pekerja yang berada di lombong ketika kejadian itu telah dibawa keluar. Seramai 10 orang mangsa terakhir telah dikeluarkan dari lombong itu sekitar jam 12 pagi pada semalam.

Menteri Perlombongan, Irene Velez berkata bahawa letupan lombong arang batu itu berkemungkinan disebabkan oleh gas yang terkumpul.

Letupan berlaku 2,300 kaki di bawah tanah

Letupan itu dikatakan telah memerangkap pekerja 2,300 kaki di bawah tanah antara lombong Los Choco dan El Hoyo.

“Pada masa ini, hipotesis yang dibuat adalah bahawa memang terdapat pengumpulan gas metana yang sangat mudah terbakar dan boleh menghasilkan letupan,” kata Velez.

Baca: Patutnya Kena Bayar RM22.40, Sekali Kat Kaunter Cashier Minta RM8 Ja

Kementerian perlombongan berkata semua aktivitis lombong telah digantung buat sementara waktu. Siasatan untuk mengenal pasti punca letupan akan dilakukan sebelum pembukaan semula boleh dipertimbangkan.

Sementara itu, beberapa keluarga mengadu bahawa pihak berkuasa mengambil masa terlalu lama untuk mengenal pasti kaum keluarga mereka, menurut berita Colombia.

Daniela Ospina berkata, bapanya Fernando Ospina belum dikenal pasti sehingga Khamis.

“Ayah saya sepatutnya menjadi yang terakhir dibawa keluar dari lombong, tetapi mereka pergi untuk memeriksa mayat dan ternyata ia bukan.

“Ayah saya mempunyai rakan sekerja, Cristian, dan nampaknya dia juga bukan Cristian. Kami ragu-ragu jika mayat yang mereka keluarkan semalam adalah bapa saya,” kata keluarga mangsa itu.

Kemalangan melibatkan perlombongan adalah perkara biasa di Colombia, terutamanya di lombong arang batu dan emas.

Tahun lepas sebanyak 117 kemalangan didaftarkan di lombong di seluruh negara oleh Agensi Perlombongan Kebangsaan. Kemalangan itu telah menyebabkan seramai 147 pekerja terbunuh.

Kemalangan terbaru yang membawa maut adalah pada Jun 2010 yang lalu. Dalam kejadian itu seramai 73 orang terbunuh dalam letupan lombong di barat laut.

Sumber: Daily Mail

Syed Faisal Sayed Muhammad

Kehidupan itu laksana tenunan yang bersambung menjadi kata- Hamka