Siakap Keli
anak lembu corak unik
Kredit Belbrook Holsteins

Diberi Nama “Happy”, Anak Lembu Punyai Corak Unik Pada Badan Berbentuk “Smiley” Ditemui

Diberi Nama “Happy”, Anak Lembu Punyai Corak Unik Pada Badan Berbentuk “Smiley” Ditemui

Seekor anak lembu Holstein telah diberi nama ‘Happy’ oleh penternaknya selepas mereka terpegun dengan corak unik yang menyerupai wajah tersenyum di badannya.

Memetik Daily Mail, penternak yang bernama Barry Coster itu telah terserempak dengan anak lembu yang baru lahir semasa dia keluar membuat rondaan di ladangnya di Ripplebrook di West Gippsland.

Pada mulanya, dia tidak melihat perbezaan corak sewaktu mengambil anak lembu tersebut.

Tetapi kemudiannya, selepas dia melihat secara teliti anak lembu itu baru dia perasan kewujudan corak unik tersebut.

Baca: Bayar RM1 Pun ‘Rider’ Hantar, Ni Cara Nak Dapat Cas ‘Delivery’ Paling Rendah Bila Pesan Makanan

Barry terkejut sebaik menyedari terdapat wajah senyum yang berada di sisi anak lembu yang memandang tepat ke arahnya.

Barry serta-merta mengambil gambar tersebut dan menghantar kepada isterinya.

Pada awalnya tidak mempercayai kewujudan corak unik tersebut

“Saya tidak mempercayainya. Saya cuba ‘zoom in’ gambar itu beberapa kali pada mulanya bagi memastikan bahawa tiada pekerja kami yang melukis corak itu,” kata isteri Barry kepada ABC.

Pasangan itu dipercayai menternak kira-kira 700 ekor anak lembu di ladang mereka setiap tahun. Namun perkara tersebut adalah kali pertama terjadi di dalam ladang penternakan lembu mereka.

Kredit Belbrook Holsteins

“Kami pernah melihat corak bernombor tujuh atau berbentuk hati di kepala dan beberapa tanda pelik. Tetapi kami tidak pernah melihat corak yang menyerupai wajah tersenyum seperti ini,” kata isteri Barry lagi.

BACA: Patutnya Kena Bayar RM22.40, Sekali Kat Kaunter Cashier Minta RM8 Ja

Barry telah menamakan anak lembu itu dengan nama ‘Happy’ dan pasangan itu telah memutuskan untuk mengekalkannya di ladang selama-lamanya sebagai ‘haiwan peliharaan’.

‘Happy’ juga menjadi anak lembu kegemaran pekerja ladang kerana keunikan coraknya. Malah isteri Barry berkata bahawa beberapa pekerja telah menyatakan hasrat mereka untuk mengekalkan ‘Happy’ sebagai haiwan peliharaan.

Terdahulu, Siakap Keli pernah melaporkan berkenaan rumah mewah yang dijadikan sebagai kandang lembu.

Video yang memaparkan kandang lembu mewah itu dimuat naik oleh pemilik akaun @leonardyoriko di laman TikTok.

Menerusi video berdurasi 1 minit 13 saat tersebut, kelihatan sebuah rumah mewah yang dipenuhi dengan beberapa ekor lembu jantan.

Menurut laporan Detikjatim, rumah mewah yang menjadi kandang lembu itu terletak di Kampung Lantek Timur, Daerah Galis, Bangkalan, Madura, Indonesia.

Sumber: Daily Mail

Syed Faisal Sayed Muhammad

Kehidupan itu laksana tenunan yang bersambung menjadi kata- Hamka