Siakap Keli
Disney lancarkan pedang lightsaber
Kredit Twitter

Disney Lancarkan Pedang Ikonik Filem Star Wars, Lengkap Dengan Bunyi Asal “Lightsaber”

Disney Lancarkan Pedang Ikonik Filem Star Wars, Lengkap Dengan Bunyi Asal “Lightsaber”

Syarikat Disney Parks telah melancarkan lightsaber ‘sebenar’ pada Jumaat lalu di festival South by Southwest di Austin Texas lapor New York Post.

Pelancaran tersebut telah dibuat oleh Josh D’Amaro selaku pengerusi Disney Park. Peranti ikonik francais filem “Star Wars” itu telah diperkenalkan sebagai sebahagian daripada pengalaman hotel Galactic Starcruiser Disney yang sangat mahal.

“Ia adalah detik ‘wow’ sebenar untuk saya dan tetamu kami. Seperti yang anda tahu, saya suka menyalakan peranti ini sebanyak yang saya boleh,” kata D’Amaro dalam pelancaran itu.

Disney lancarkan pedang lightsaber

D’Amaro mengaktifkan pedang yang memanjang keluar itu sambil semua bunyi dalam filem “Star Wars” dimainkan dalam pelancaran tersebut.

“Ini adalah projek yang sukar,” Leslie Evans yang menjalankan penyelidikan dan pembangunan untuk Disney Imagineering, beritahu D’Amaro di atas pentas.

“Ini tidak mudah. Tetapi ia benar-benar berbaloi. Kerana seperti yang anda lihat, ini adalah cara sebenar untuk anda berada dalam filem itu. Ia adalah detik ikonik,” sambung Evan selaku individu yang menjalankan penyelidikan tersebut.

Namun, pelancaran pedang itu telah dikritik kerana pemegangnya yang rumit dan tidak memaparkan perincian yang mencukupi.

Disney telah menjual pelbagai koleksi lighsaber, yang sebahagiannya berharga melebihi USD 200. Malah koleksi tersebut juga telah mendapat pujian kerana kualitinya.

BACA: Patutnya Kena Bayar RM22.40, Sekali Kat Kaunter Cashier Minta RM8 Ja

Sementara itu, Disney dilaporkan masih lagi belum mengumumkan sama ada mereka mahu menjual pedang itu kepada orang awam atau tidak.

Terdahulu, patung mini Star Wars dijual pada harga lebih £1,000 (RM5,509.03) berbanding harga asal £1.59 (RM 8.76) dalam satu sesi jualan lelong.

Pengarah jualan lelong, Fred Wyrley-Birch menjangkakan patung mini Star Wars yang dikenali sebagai Yak Face. Dibuat sekitar tahun 1983 itu boleh dijual dengan harga setinggi £1,500 (RM8,271.69).

“Yak Face merupakan salah satu patung terakhir yang mereka jumpa dan ia jarang ditemui.

“Terdapat dua patung dalam jualan ini, salah satunya sudah dibuka daripada bungkusan dan ia dianggarkan dijual £100 (RM550.90) dan satu lagi patung pula masih dalam bungkusan asal dan ia mempunyai label harga £1.59 (RM8.76).

Oleh itu, harga permulaan bagi patung itu adalah £1,000 (RM5,509.03) dan kemungkinan besar bernilai kira-kira £1,200 (RM6,610.84) atau lebih,” kata Fred.

Sumber: New York Post

Syed Faisal Sayed Muhammad

Kehidupan itu laksana tenunan yang bersambung menjadi kata- Hamka