Siakap Keli
Lance Reddick meninggal dunia
Gambar: Comicbook.com

Bintang ‘John Wick’ Lance Reddick, Meninggal Dunia Di Usia 60 Tahun

Bintang ‘John Wick’ Lance Reddick, Meninggal Dunia Di Usia 60 Tahun

Lance Reddick seorang pelakon watak aksi dalam drama televisyen dan filem seperti The Wire, Fringe dan francais John Wick telah meninggal dunia, lapor CNA.

Reddick menghembuskan nafas terakhirnya ketika berumur 60 tahun secara ‘tiba-tiba’ pada pagi Jumaat lalu. Perkara itu dimaklumkan oleh jurucakapnya Mia Hansen dalam satu kenyataan dengan mengaitkan kematiannya sebagai kematian mengejut.

Reddick sering kali mendapat watak lelaki pendiam yang elegan dan memakai sut atau uniform sepanjang kerjaya seninya.

Beliau terkenal dengan wataknya sebagai Lt Cedric Daniels dan siri HBO popular The Wire di mana wataknya dilihat terperangkap dalam kancah politik di jabatan polis Baltimore.

BACA: Patutnya Kena Bayar RM22.40, Sekali Kat Kaunter Cashier Minta RM8 Ja

“Saya seorang artis. Saya merasakan bahawa saya melakukannya dengan sangat baik. Apabila saya pergi ke sekolah drama, saya tahu bahawa saya mempunyai bakat seperti pelajar lain.

“Tetapi disebabkan saya lelaki berkulit hitam, jadi saya tahu bahawa saya perlu bekerja lebih keras untuk menjadi yang terbaik dan mendapat perhatian,” kata Reddick kepada Los Angeles Times pada 2009.

Sering dapat watak ejen perisikan

Selain itu, Reddick juga turut membintangi siri Fox Fringe sebagai ejen khas Philip Broyles, Mathhew Abaddon yang berpakaian segak dalam Lost.

Beliau juga pernah memegang watak sebagai Charon yang menjadi concierge di Continental Hotel dalam filem John Wick. Kemunculan watak tersebut termasuk dalam siri keempat filem itu yang bakal ditayangkan tidak lama lagi.

Sebelum ini, beliau pernah tercalon dalam Anugerah SAG pada 2021 sebagai sebahagian daripada kumpulan muzik untuk filem Regina King One Night in Miami. Reddick juga sering mendapat watak sebagai ejen Perisikan dan kisah seram Amerika.

Projek-projeknya yang akan datang termasuk ‘remake’ 20th Century’s dalam filem White Men Can’t Jump dan Shirley, sebuah filem biopik Netflix bekas Ahli Kongres Shirley Chisholm.

Beliau juga dijadualkan untuk muncul dalam spinoff John Wick Ballerina, serta The Caine Mutiny Court-Martial.

Reddick meninggalkan balunya, Stephanie Reddick dan dua orang anaknya iaitu Yvonne Nicole Reddick dan Christopher Reddick.

Sumber: CNA

Syed Faisal Sayed Muhammad

Kehidupan itu laksana tenunan yang bersambung menjadi kata- Hamka